Page 4 - KONVOKESYEN PKB KE - 34
P. 4

KATA ALUAN KETUA PENGARAH


            Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. di atas
            limpah kurnia keizinannya Majlis Konvokesyen Politeknik Kota
            Bharu ke-34 dapat dijayakan dengan penuh kesyukuran. Saya
            kalungkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua graduan
            yang telah berjaya mengharungi pelbagai ujian dan halangan
            dalam usaha untuk mendapat anugerah diploma pada majlis
            pengiktirafan ini.

            Sistem pembelajaran berbekalkan teori semata-mata sudah
            tidak mampu memberi kelebihan kepada golongan muda
            untuk mendapatkan pekerjaan. TVET ialah sistem pendidikan
            dan  latihan  yang  membekalkan  kombinasi  pengetahuan
            serta  kemahiran  untuk  memperolehi  pekerjaan.  Proses
            pendidikannya  lebih  menuju  ke      arah  industri  yang
            memerlukan tenaga kerja terlatih serta berkemahiran tinggi.
            JPPKK   sentiasa   menggerakkan  usaha  untuk  menjadi
            penghubung antara  Politeknik  Malaysia  dan  pihak  industri
            bagi  mengeratkan  kerjasama  dan  menjalinkan  perkongsian  pintar. Malahan
            kerjasama  ini  telah  berjaya  membuka  peluang dan  ruang dalam menghasilkan
            graduan holistik dan seimbang sekaligus dapat meningkatkan lagi kebolehpasaran
            graduan TVET.

            Justeru,  tema  Majlis  Konvokesyen  Politeknik  Kota  Bharu  ke-34  ’Graduan  TVET
            Pendukung Revolusi Industri’ dilihat amat bertepatan dengan situasi semasa kerana
            tuntutan  kemahiran  yang   tinggi  dalam  mendepani  Industri  4.0  adalah  begitu
            ketara.  Proses  penjenamaan  semula  bidang  pekerjaan  yang  dilabel  sebagai  3D
            iaitu kotor, sukar dan berbahaya adalah penting supaya dilihat sebagai suatu lubuk
            pekerjaan  yang  mempunyai    nilai  dan  potensi  untuk  diceburi  oleh  modal-modal
            insan  berkemahiran  tinggi  keluaran  institusi  TVET  Malaysia  dan  mengurangkan
            monopoli buruh tidak mahir dari kalangan warga asing.
            JPPKK  percaya  Politeknik  Kota  Bharu  mampu  melahirkan  graduan-graduan  yang
            berpotensi  dan  mempunyai   kelayakan  serta  kemahiran  yang  tiada  tandingnya
            untuk  mengambil   bahagian  dalam   penstrukturan  semula  ekonomi  negara  agar
            agihan  kemakmuran    berlaku  dengan  lebih  sekata  dan  dapat  dinikmati  secara
            bersama.

            Akhir kata, besarlah harapan saya agar para graduan Politeknik Kota Bharu mampu
            menyemai    kasih,  menabur  budi  di  mana  sahaja  anda  berkerjaya.  Perlihatkanlah
            potensi  diri  yang  cukup  bersedia  mengharungi  cabaran   dan  dugaan    yang
            mendatang. Sahutlah seruan murni pertiwi yang dahagakan kecemerlangan anda
            di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih.




            TS. ZAINAB BINTI AHMAD
            Ketua Pengarah
            Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti

                                                    3
   1   2   3   4   5   6   7   8   9