Page 6 - KONVOKESYEN PKB KE - 34
P. 6

SEKILAS PANDANG


            Politeknik Kota Bharu mula beroperasi pada tahun 1985 di
            kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Pasir Mas, Bunut
            Susu Kelantan. Pada tahun 1988, Politeknik Kota Bharu telah berpindah ke
            kampus baru di Kok Lanas, Ketereh dan kekal sehingga ke hari ini. Pada awal
            penubuhan Politeknik Kota Bharu, hanya 400 orang pelajar telah berdaftar
            untuk mengikuti pengajian di Politeknik Kota Bharu dengan jumlah tenaga
            pengajar  hanya  44  orang.  Kini,  Politeknik  Kota  Bharu  telah  mengorak
            langkah selari dengan pendidikan negara sehingga mampu menampung
            hampir  5000  orang  pelajar  dengan  417  orang  tenaga  pengajar  dan  124
            orang  kakitangan  kumpulan  pelaksana.  Politeknik  Kota  Bharu  akan  terus
            beriltizam  untuk  meletakkan  institusi  ini  sebagai  penggerak  bidang
            pendidikan “Technical and Vocational Education and Training” (TVET). Ini
            merupakan  satu  azam  dan  komitmen  yang  akan  memacu  tahap
            pencapaian  akademik  dan  sahsiah  para  pelajar  dan  graduan  PKB  agar
            mampu memenuhi keperluan tenaga kerja semasa sama ada dalam sektor
            korporat dan awam


            No. Perakuran Pendaftaran : POLITEKNIK/004(001).
            Tahun Penubuhan : 1985
            Kategori Politeknik : Konvensional
            Keluasan : 406,300 sq.m – dibangunkan
            Kapasiti Pelajar : 6000 orang (termasuk pelajar LI)
            Kapasiti Asrama : 2418 orang


            Kursus-kursus yang ditawarkan oleh Politeknik Kota Bharu
            1. Diploma Kejuruteraan Awam
            2. Diploma Ukur Bahan
            3. Diploma Kejuruteraan Elektrik
            4. Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
            5. Diploma Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
            6. Diploma Kejuruteraan Mekanikal
            7. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)
            8. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)
            9. Diploma Kejuruteraan Mekatronik
            10. Diploma Akauntansi
            11. Diploma Pemasaran
            12. Diploma Pengajian Perniagaan
            13. Diploma Insurans










                                                    5
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11