Page 3 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 3
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Kaum KadazanDusun di Sabah
Kaum Kadazandusun merupakan kaum bumiputera yang terbesar di
Negeri Sabah. Komposisi penduduk berbangsa Kadazandusun ini adalah
sebanyak hampir 18% daripada keseluruhan penduduk Sabah.
Kaum ini sebenarnya berasal daripada dua kaum yang utama iaitu
Kadazan dan juga Dusun. Namun, disebabkan wujudnya persamaan
daripada segi bahasa dan budaya, maka wujudlah satu nama gabungan bagi
tujuan menyatukan kedua-dua kaum ini. Di bawah kaum Kadazandusun,
terdapat pelbagai jenis suku kaum atau sub-etnik lain. Ini termasuklah etnik
Bisaya, Murut, Sungai, Bundu, Lingkabau, Rungus dan 45 etnik lain.
Dalam kepercayaan animisme mereka, mereka percaya kepada
kewujudan Tuhan bernama Kinorohingan. Kinorohingan ini berkuasa
mencipta manusia. Namun, nama Tuhan ini berbeza mengikut suku kaum
dan lokasi mereka. Sebagai contoh, bagi orang Dusun yang tinggal di
Tambunan, Tuhan mereka disebut sebagai Minomogun. Isteri kepada
Minomogun pula bernama Suminundu.
Bagi orang Dusun Lotud pula, Tuhan mereka ialah Kinorohingan dan
isterinya pula ialah Umunsumundu. Mereka percaya bahawa Kinorohingan
telah mencipta segala adat istiadat Dusun Lotud pada masa yang sama bumi
dan langit diciptakan. Berbeza pula dengan orang Dusun yang tinggal di
Ranau, mereka percaya bahawa Kinorohingan tidak mempunyai sebarang
isteri dan tinggal berseorangan.
Orang Dusun di Ranau mempercayai kewujudan dua kuasa baik dan
jahat dalam kehidupan manusia. Kuasa baik dinamakan Minomorun
manakala kuasa jahat disebut sebagai Rogon. Kinorohingan dipercayai
berkuasa menghalang pengaruh kuasa jahat Rogon dan juga syaitan.
1

