Page 7 - Buku Skrap Kesenian 2021, Ashley Belle Chloe Linus, 6 Inovatif
P. 7
ASHLEY BELLE CHLOE LINUS KELAB KESENIAN DAN KEBUDAYAAN
6 INOVATIF
2021 SK BAHANG, PENAMPANG
Makanan Tradisional Kaum
KadazanDusun
Hinava
Hinava merupakan hidangan tradisional bagi suku kaum
KadazanDusun di Sabah. Ia membawa maksud hidangan yang dimasak
tanpa menggunakan api. Hinava dihasilkan daripada isi ikan segar yang
dicampurkan bersama biji buah bambangan yang diparut. Selain itu, bahan
lain seperti cili merah, halia, bawang merah, limau kapas dan garam juga
dicampurkan.
Ia juga turut dikenali dengan nama Hinava Ginapan. Isi ikan yang digunakan
adalah mentah dan tidak perlu dimasak kerana ia akan dimasak secara
semulajadi menggunakan perahan jus limau. Ikan yang boleh dijadikan
hidangan ini biasanya ikan tenggiri ataupun isi ikan yu. Selain ikan, ia juga
boleh digantikan dengan udang atau sotong bagi menyediakan hidangan ini.
Biasanya hinava dihidangkan semasa majlis – majlis tertentu seperti majlis
perkahwinan. Ia juga akan menjadi hidangan istimewa semasa sambutan
Pesta Kaamatan atau Tadau Kaamatan.
5

