Page 5 - BUKU PROGRAM MESY PIBG SMKANI 2021 TERKINI
P. 5

4


                                            MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2020
                              SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA NURUL ITTIFAQ,
                                                    BESUT, TERENGGANU

               TARIKH          : 12 MAC 2020 (KHAMIS)
               MASA            : 10.20 PAGI
               TEMPAT          : DEWAN MAKAN ASRAMA PUTERI, SMKANI
               KEHADIRAN    : Sebagaimana lampiran

               UCAPAN ALUAN PENGETUA

               1.  Mengalu-alukan kehadiran semua ahli mesyuarat, YDP PIBG HJ Yusoff bin Majid, En Rozaidi
                    bin Majid Timbalan KPPD Besut, Guru-guru Penolong Kanan, guru-guru dan ibu bapa sekalian .

               2.  Menzahirkan rasa syukur kerana SMKANI diberi peluang untuk hadir ke mesyuarat PIBG.
               3.  Motto  Sepakat  Tuju  Gemilang  antara  guru-guru  dan  PIBG  yang  sepakat  membawa
                    kecemerlangan kepada anak-anak pelajar. Kehadiran ke majlis ini menandakan tanda sepakat
                    untuk menuju gemilang.
               4.    Dari segi pencapaian peperiksaan SPM, calon SMKANI seramai 132 orang dan mendapat GPS
                    2.41 dan GPS IMTIAZ 2.01. Pencapaian ini adalah turun sedikit berbanding GPS SPM  SMKANI
                    pada tahun 2018 mengatasi IMTIAZ Besut iaitu 2.32 dan IMTIAZ Besut 2.33.  Pencapaian SPM
                    pada tahun tersebut menunjukkan kedudukan teratas daerah Besut. Namun dengan sepakat
                    guru-guru dan ibu bapa SMKANI.
               5.    Berdasarkan kepada  keputusan  peperiksaan  TOV  SPM,    Majlis  Letak Kerja  SPM  2020  telah
                    dilaksanakan pada 11 Mac 2020 dan telah dirasmikan oleh Ketua Pegawai Pelajaran Daerah
                    Besut iaitu Haji Abdullah Zawawi bin Haji Yahya. Berdasarkan unjuran peperiksaan TOV , pihak
                    pengurusan berhasrat untuk mencapai target GPS SPM SMKANI pada tahun 2020 ialah 1.92.
                    Kalimah “ Impossible is possible,” bukan mustahil. Moga kalimah yang diucap berulang kali ini
                    akan  merealisasikan  impian  untuk  mencapai  target  SMKANI.  Untuk  itu  SMKANI  akan  buat
                    lawatan penanda aras ke SMKA nombor satu kebangsaan iaitu SMKA Kerian, Semanggol di
                    Perak yang mendapat GPS SPM 1.59 dan pihak sekolah juga akan singgah di SMKA Sultan
                    Azlan Shah di Bota Perak. Pencapaian SPM terbaik di peringkat kebangsaan iaitu Kolej Tunku
                    Khursiah iaitu sekolah SBP yang mendapat GPS 0.75 dalam peperiksaan SPM.

               6.    Untuk mendapat suntikan semangat dalam mencapai target SPM pada tahun ini lagu tema SPM
                    telah dinyanyikan oleh pelajar dan mencuit hati KPPD Besut dan Pengetua SMKANI.  Dalam
                    majlis  tersebut  juga  pelajar  SPM  berjanji  akan  belajar  bersungguh-sungguh  untuk  mencapai
                    target tersebut.

               7.    Pencapaian peperiksaan STPM pula, 41 orang calon STPM telah mencapai 100 peratus lulus
                    dan layak mendapat sijil STPM SMKANI. Daripada 41 ini, 30 orang pelajar mendapat 3.00 ke
                    atas dan layak memohon kemasukan ke IPTA.
                                                                                                    MAKLUMAN

               8.    Dalam  mesyuarat  PIBG  yang  lalu,  usul  ibu  bapa  untuk  mewujudkan  traffic  light  telahpun
                    direalisasikan. Namun, untuk merealisasikan usul ibu bapa supaya membina gajah menyusur
                    dari pagar menuju ke asrama belum lagi dapat dilaksanakan kerana dana yang tidak mencukupi.
                    Untuk itu SMKANI akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal pada 27 Mac 2020 di SMKANI,
                    ibu bapa perlu sepakat untuk realisasikan projek menambah kemudahan sekolah.
               9.    Ibu  bapa  dan  pelajar  juga  diingatkan  agar  membuat  pertimbangan  yang  sewajarnya  jika
                    mendapat tawaran di sekolah berasrama penuh kerana pelajar yang keluar dari SMKANI tidak
                    boleh masuk semula mengikut pekeliling.

                                                                                                    MAKLUMAN
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10