Page 6 - BUKU PROGRAM MESY PIBG SMKANI 2021 TERKINI
P. 6

5



               UCAPAN  PERASMIAN  OLEH  EN  YUSOFF  BIN  MAJID,  YDP  PIBG  SMKANI  (  MEWAKILI  YB
               SENATOR DATUK RAZALI BIN IDRIS , AHLI DEWAN NEGARA, PARLIMEN MALAYSIA )
               1.  Mengucapkan  syukur  ke  hadrat  Ilahi  kerana  dapat  mengadakan  mesyuarat  Agung  PIBG.
                    Sepatutnya  mesyuarat  ini  dirasmikan  oleh  YB  Senator  Datuk  Razali  bin  Idris  dan  beliau
                    menyampaikan  salam    Senator  yang  sedang  menghadiri  mesyuarat  parti  tertinggi  di  Kuala
                    Lumpur.
               2.    Wakil perasmi menegaskan kembali berkenaan program yang akan diadakan pada 27 Mac 2020
                    iaiatu Majlis Makan Malam Amal bagi mengutip dana. Marilah sama-sama pihak sekolah dan ibu
                    bapa memberi sumbangan setakat mampu atau dengan membeli kupon Makan Malam Amal ini
                    dalam usaha untuk membina laluan berteduh kepada pelajar pada hari hujan. Sekolah Jenis
                    Kebangsaan Cina di Jertih telah dapat membina Dewan sekolah hasil sumbangan ibu bapa.
                    Namun sekolah kita mengharapkan dana kerajaan. Jadi, marilah kita menyahut seruan pihak
                    sekolah  untuk  memberi  sumbangan  dalam  membina  laluan  berteduh  atau  gajah  menyusur
                    tersebut.

                3.   Ibu bapa juga hendaklah sama-sama mengambil berat pendidikan anak-anak. Tanpa pendidikan
                    amat sukar untuk anak-anak membina kehidupan dan akan ketinggalan berbanding bangsa lain.
                    Cabaran ibu bapa kini juga adalah bahaya dadah menerusi pil-pil kuda dan lain-lain. SMKANI
                    adalah sekolah cemerlang dan diharap pelajar tidak terlibat dengan gejala dadah dan berani
                    menegakkan  kebenaran,  contohnya  Menteri  Pelajaran  Malaysia,  Dr  Razi  bin  Jidin  sebelum
                    menjadi menteri adalah merupakan pensyarah Forensik dalam bidang akaun ( kewangan  ) di
                    Universiti Tasmania. Beliau berani menegakkan kebenaran berkenaan kewangan Negara.

               4.   Saya  berharap  dapat  membawa  YB  Senator  Datuk  Razali  bin  Idris  ke  SMKANI  agar  dapat
                    memberi sesuatu kepada SMKANI.


               AGENDA 1 : UCAPAN ALUAN PENGERUSI MESYUARAT ( En Yusof bin Majid )
               1.1   Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa sebagai tanda sokongan kepada
                    kecemerlangan anak-anak.


               AGENDA 2 : PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG 2019
               2.1 Pn  Zuriani  binti  Abdul  Majid,  setiausaha  PIBG  telah  membentangkan  Minit  Mesyuarat  Agung
                   PIBG dengan ini membentangkan minit mesyuarat dari muka surat 4 hingga 8.
               2.2 Pn Laila Binti Abdul Rahman mencadangkan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2018 disahkan.

               2.3 Cadangan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG 2018 disokong oleh Hj Mohd Nordin bin
                   Mohd Zahid.


               AGENDA 3 : LAPORAN AKTIVITI PIBG  TAHUN 2019.
               3.1 Pn Zuriani Binti Abdul Majid, Setiausaha PIBG meminta ahli mesyuarat merujuk butiran yang
                   terkandung pada muka surat 9 -10  Buku Mesyuarat Agung PIBG 2019.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11