Page 7 - BUKU PROGRAM MESY PIBG SMKANI 2021 TERKINI
P. 7
6
AGENDA 4 : PENYATA KEWANGAN PIBG 2019
4.1 Hjh Norasmida Binti Mohamad membentangkan laporan kewangan PIBG dengan mengajak ibu
bapa merujuk muka surat 11-16 Buku Mesyuarat Agung PIBG 2019.
Tindakan: Hjh. Norasmida Binti Mohammad & makluman semua ahli PIBG
AGENDA 5 : PERKARA BERBANGKIT
5.1 Tiada perkara berbangkit.
AGENDA 6 : PERBAHASAN DAN PENERIMAAN USUL
USUL JAWATANKUASA PIBG
6.1 Pengerusi membentangkan usul nombor 1 hingga 3 dan beliau membuka kepada ibu bapa untuk
membahaskan usul ini. Usul nombor 1 hinga 3 diterima sebulat suara. Beliau juga meminta Pn
Zuriani binti Abdul Majid untuk memberi penerangan lanjut berkenaan program Makan Malam
Amal SMKANI.
TINDAKAN: ZURIANI & KELAB GURU
6.2 Pengetua SMKANI memohon ibu bapa jika ada idea yang membantu kecemerlangan anak-anak
dapat berjumpa dan berbincang dengan beliau.
USUL AHLI PIBG
6.3 Pengetua SMKANI mengulas usul nombor 1 oleh ahli PIBG iaitu En Mohd Rosdi bin Ab Razak
mengenai waktu balik semua pelajar hendaklah sama.
6.4 Syor daripada Pengetua SMKANI waktu balik tidak boleh disamakan untuk semua pelajar.
Pelajar tingkatan 5 iaitu bagi kelas tertentu ada waktu dalam jadual mereka balik pada pukul
3.30 petang. Pelajar yang adik beradik yang berlainan tingkatan boleh menunggu di pondok-
pondok yang disediakan. Waktu balik rasmi adalah pada pukul 3.00 petang. Jika ada program
besar sekolah, waktu balik adalah selepas solat zuhur.
MAKLUMAN
6.5 Usul seterusnya akan dibahaskan dalam mesyuarat Jawatankuasa PIBG
AGENDA 7 : UCAPAN PENANGGUHAN YANG DIPERTUA PIBG 2019/2020
7.1 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan YDP merangkap pengerusi mesyuarat.
7.2Pengerusi juga mengucapkan terima kasih dan memohon maaf atas kekurangan dalam
mempengerusikan mesyuarat.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 12.40 tengahari.
DISEDIAKAN OLEH DISAHKAN OLEH
ZURIANI BINTI AB MAJID YDP PIBG
SETIAUSAHA PIBG YDP PIBG

