Page 16 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 16

1.1.2 APLIKASI MULTIMEDIA DALAM PELBAGAI BIDANG
         Aplikasi multimedia digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang

seperti :
a) Pengiklanan

Pengiklanan ialah proses pemakluman sesuatu bahan atau produk kepada
orang ramai. Antara pengiklanan multimedia ialah :

a) Iklan di laman sesawang
b) Papan iklan elektronik
c) Pengiklanan melalui televisyen
d) Pengiklanan melalui kiosk

         Penggunaan multimedia dalam bidang pengiklanan sangat meluas.
Dalam dunia perniagaan, pengiklanan digunakan untuk tujuan memasarkan
dan mempromosikan produk, persembahan data dan statistik yang mudah
difahami. Ini dapat menarik minat pembeli atau sokongan terhadap sesuatu
produk.

b) Penyiaran
         Aplikasi multimedia sangat berguna untuk penyiaran dan penyebaran

maklumat selama 24 jam tanpa henti. Contoh penggunaan multimedia dalam
penyiaran termasuklah siaran langsung berita, sukan serta ramalan cuaca.
Maklumat terkini dapat disampaikan kepada penonton dengan lebih efektif.

c) Pelancongan
         Dalam bidang pelancongan, multimedia dapat membantu dalam

menyebarkan maklumat atau produk pelancongan dengan lebih cepat,
meluas dan murah. Contoh penggunaan multimedia dalam pelancongan ialah
kiosk maklumat, laman sesawang dan aplikasi media sosial.

                                                                                                                 6
   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20   21