Page 15 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 15

Teks
Teks terdiri daripada aksara yang digunakan untuk membina perkataan, ayat
dan perenggan. Contoh aksara adalah seperti huruf (a-z), nombor (0-9) dan
simbol (#%^@).

           Grafik
Grafik merujuk kepada imej yang memberikan penekanan secara visual
terhadap sesuatu persembahan informasi secara lebih berkesan.

            Audio
Audio digunakan untuk membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan
lebih berkesan dalam bentuk bunyi.

            Animasi
Animasi merupakan satu siri imej statik yang disusun berjujukan untuk
menghasilkan ilusi pergerakan.

          Video
Video merupakan rakaman yang dihasilkan menggunakan kamera video.

                                                                                                                 5
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20