Page 200 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 200
NOTA RUJUKAN
3.4.2 MENGENAL PASTI FUNGSI ALAT DAN FITUR ASAS YANG DIGUNAKAN
DALAM PERISIAN PEMODELAN 3D
Apabila memulakan perisian Blender, satu Splash Screen akan muncul
di tengah-tengah tetingkap. Untuk menutup Splash Screen, klik di luar kotak
splash screen atau tekan kekunci Esc. Splash Screen tersebut akan hilang
seterusnya memaparkan skrin lalai (default).
Rajah 3.26: Blender Splash Screen
Antara muka Blender terbahagi kepada tiga bahagian utama iaitu
Topbar di bahagian atas, Areas di tengah dan Status Bar di bahagian bawah.
Topbar
Status Areas
Bar Rajah 3.27: Antara muka Blender
189

