Page 209 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 209
NOTA RUJUKAN
3.4.3 MEMBINA OBJEK 3D DENGAN MENGGUNAKAN KAEDAH PEMODELAN:
(I) POLYGON (II) SHAPE (III) SPLINE
3.4.4 MENGUBAHSUAI OBJEK 3D DENGAN MENGGUNAKAN ALAT DAN FITUR
YANG SESUAI
Objek Primitif
Jenis objek yang biasa digunakan dalam suatu persekitaran 3D ialah objek
mesh. Blender mengandungi sebilangan objek primitif yang digunakan
sebagai asas membina model. Contoh-contoh objek primitif ialah kubus,
sfera, silinder, kon dan torus. Objek-objek primitif ini boleh diubah suai
dengan operasi-operasi boolean tertentu yang melibatkan cantuman
(union), pemotongan (subtraction) dan persilangan (intersection).
Rajah 3.32: Objek Standard Primitive dalam Blender
Polygon Modeling
Selain menggunakan operasi boolean, bentuk-bentuk primitif juga boleh
dijadikan model yang lebih kompleks dengan kaedah yang dipanggil Polygon
Modeling. Polygon Modeling adalah satu teknik membuat model 3D dengan
cara memanipulasi vertex yang terdapat pada objek geometri tersebut.
Satu bentuk model di dalam grafik 3D terdiri daripada cantuman-
cantuman kecil yang dipanggil vertex, edge dan face. Elemen yang terkecil
ialah vertex iaitu terdiri daripada satu titik kecil (dot). Jika dua vertex
dihubungkan ia akan membentuk edge dan jika dihubungkan dengan satu
lagi vertex lain ia akan membentuk face. Cantuman face yang banyak akan
198

