Page 242 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 242
Navigasi Kamera
Terdapat beberapa cara berlainan untuk membuat navigasi dan
menempatkan kamera pada scene dalam Blender 2.8.
Kedudukan Sudut Pandangan Kamera
Dengan mengaktifkan Lock Camera to View dalam panel View, semasa
dalam mod camera view, kita boleh bernavigasi ke 3D view seperti biasa.
Roll, Pan, Dolly dan Track
Untuk melaksanakan pergerakan kamera ini, kamera mesti dipilih terlebih
dahulu untuk membolehkan operasi Transform diaplikasikan.
Dengan itu, kita boleh memanipulasikan kamera menggunakan tool
sama yang digunakan untuk mengaplikasikan Transform pada mana-mana
objek. Di bawah adalah pergerakan kamera yang boleh kita gunakan
dalam Blender 2.8:
a) Roll
Dilaksanakan untuk memasuki mod putaran (rotation) dengan
menekan R pada papan kekunci.
b) Vertical Pan atau Pitch
Putaran sepanjang ruang setempat paksi X. Tekan R untuk
memasuki mod putaran, dan tekan X sebanyak dua kali (tekan kali
pertama untuk memilih global axis, tekan dua kali untuk local axis).
c) Horizontal Pan atau Yaw
Digunakan untuk mengarahkan kepada gerakan putaran sekitar
paksi Y untuk kamera. Dilaksanakan dengan menekan huruf R, dan
kemudian tekan Y sebanyak dua kali.
d) Dolly
Teknik ini digunakan dengan cara menggerakkan kamera secara
berpusing sementara sudut pandangan dan titik fokus kamera
bertumpu pada ohjek yang hendak digambarkan. Untuk
melaksanakan dolly pada kamera, tekan G atau tekan Z sebanyak
dua kali.
231

