Page 250 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 250

NOTA RUJUKAN

3.4.8 PROSES RENDERING UNTUK MENGHASILKAN GRAFIK PERSEKITARAN 3D

Proses Rendering

Proses render adalah proses yang terakhir yang mesti dilakukan setelah
sesuatu objek dipastikan dengan komposisinya seperti bentuk tekstur,
pencahayaan, dan pergerakan sebelum sesebuah animasi itu dapat
dihasilkan dalam bentuk klip video, filem dan sebagainya. Proses rendering
dibuat untuk dua jenis output fail yang berbeza iaitu fail imej tunggal dan
animasi. Imej pegun atau tunggal yang dihasilkan dalam bentuk objek 3D,
disimpan dalam standard format fail grafik seperti JPEG, Bitmap (BMP), Targa
(TGA) dan TIFF dengan mengunakan proses rendering.

         Pergerakan animasi direkod dan dipindahkan ke dalam bentuk filem,
pita video atau ke dalam pelbagai format untuk digunakan di dalam
komputer. Biasanya model-model yang telah dirender, boleh disimpan dalam
pelbagai bentuk fail animasi seperti Autodesk *.fli, *.flc, *.avi, *.mov, *.mpeg
dan lain-lain lagi. Rendering adalah proses mengumpul maklumat animasi
yang telah diskripkan melalui perbezaan nilai-nilai kedudukan sesuatu objek di
atas satah X, Y dan Z, atau satu komposisi 3D kepada rentetan gambar yang
berbentuk 2D.

         Proses melaksanakan rendering mungkin memakan masa bergantung
kepada tekstur yang digunakan, bentuk pencahayaan dan kompleksnya
sesuatu animasi.

Jadual 4.0 : Format Fail 3D yang telah di’render’

                  Format Fail                                      Sambungan Fail

                                            Output Imej Pegun      .jpg
 JPEG                                                              .bmp
 Windows Bitmap                                                    .tif
 TIFF                                                              .gif
 Compuserve GIF ( boleh menjadi format animasi )                   .tga
 Targa
                                                                   .avi
                                     Output Animasi Video Digital  .fli atau .flc
 AVI                                                               .gif
 Autodesk Flick
 Animated Gif
(Sumber: McGloughlin, Stephen, 2001, p. 150)

                                                                                   239
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255