Page 319 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 319

NOTA RUJUKAN

5.2.1 MENGHASILKAN SKRIP DAN PAPAN CERITA RAKAMAN VIDEO

SKRIP

Dalam penghasilan video, skrip disediakan berpandukan kepada sinopsis dan
perjalanan sesuatu cerita yang merupakan olahan cerita. Sinopsis merupakan
maklumat ringkas yang padat dan jelas.

          ‘SIAPA PUNYA KERJA??’ Mengisahkan sekumpulan murid yang tidak
          bertanggungjawab terhadap pengurusan bahan dan peralaan setelah
          melakukan kerja-kerja keceriaan di kelas. Video pendek ini
          menekankan nilai-nilai murni yang perlu diterapkan dalam kalangan
          murid sekolah.

                                           Rajah 4.3: Contoh sinopsis

         Skrip ialah idea yang dikembangkan menjadi isu dan persoalan. Skrip
berfungsi untuk memenuhi sesuatu tujuan dengan menggunakan sesuatu jenis
media. Skrip dihasilkan oleh penulis skrip. Penulisan sesebuah skrip berlaku
berulang kali sehingga diluluskan untuk diterbitkan. Biasanya penerbit akan
membeli terus skrip seperti dari penulis buku dan akan mengubah bahagian
tertentu jika perlu.

    Babak 2
    Watak : Amir, Siti & Yusof
    Latar Belakang : Kelas
    Props : Meja & Kerusi Pelajar, Penyapu, Penyodok Sampah
    Muzik Latar : ‘Pay day –Jason Farnham’
    Cerita : Sekumpulan murid sedang menghias kelas

    Dialog :
    Amir: Eh, Sekarang dah rehat lah!
    Siti: Jom cepat kita pergi ke kantin.
    Yusof: Eh, Takkan nak tinggalkan alatan & barang-barang kelas macam ni
    je
    Amir: Ah, Biar je lah! Nanti makcik tukang sapu datang dia akan tolong
    kemaskan.
    Siti: Haah.. Jom, jom kita pergi makan.

                                                   Rajah 4.4: Contoh Skrip

                                                                                                                          308
   314   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324