Page 323 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 323

5.2.2 JENIS-JENIS SYOT KAMERA VIDEO

Syot adalah teknik pengambilan gambar dengan memperhatikan sudut
pandangan kamera atau rakaman video. Saiz syot dan sudut kamera
memainkan peranan untuk menjadikan sesuatu video kelihatan lebih menarik
kepada penonton. Syot terdiri daripada ‘Single Take’, yang boleh dalam
jangka masa beberapa saat atau beberapa minit. Manakala Scene terdiri
daripada beberapa shot dan Sequence pula terdiri daripada beberapa
scene.

                               Jadual 4.1: Jenis-jenis syot kamera

Rajah                                Penerangan
       Close Up
       Syot ini memberi fokus kepada subjek utama yang
       memperlihatkan ekspresi dan emosi pada aktor,
       dengan latar yang sedikit. Untuk objek manusia
       biasanya syot dilakukan dari bahu hingga atas
       kepala.

       Medium Close Up
       Syot jarak sederhana dekat dan untuk objek manusia
       biasanya syot dilakukan dari atas kepala sampai
       dada atau pinggang.

       Extreme Close Up
       Berada dalam lingkungan Close-Up dengan fokus
       kepada satu ciri utama.

       Medium Shot
       Syot yang hanya menampilkan sebahagian badan
       dari pinggang sampai atas kepala, memperlihatkan
       latar belakang persekitaran dan pergerakan watak
       kepada penonton.
       Long Shot/ Wide shot
       Syot ini berjarak jauh yang menampilkan keseluruhan
       aktor dan mempunyai pandangan yang luas, teknik
       ini biasanya untuk menunjukkan objek dengan latar
       belakangnya.
       Extreme Long Shoot
       Pengambilan gambar melebihi Long Shot yang
       menampilkan lingkungan subjek secara penuh.
       Fungsinya menunjukkan bahawa objek tersebut
       sebahagian dari lingkungannya.

                                                                          312
   318   319   320   321   322   323   324   325   326   327   328