Page 320 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 320

Apabila skrip telah ditulis untuk sesebuah penerbitan, langkah yang
seterusnya ialah memindahkannya ke dalam bentuk papan cerita. Papan
cerita akan menjelaskan cerita secara visual seperti sebuah komik.
PAPAN CERITA
Papan cerita ialah persembahan grafik tentang bagaimana video
diterjemahkan mengikut syot demi syot. Papan cerita terdiri daripada susun
atur grafik dalam bentuk ilustrasi atau imej yang dipaparkan dalam urutan
dengan catatan dan maklumat tentang apa yang berlaku dalam babak
(scene) untuk tujuan pra-gambaran pergerakan gambar, animasi, grafik atau
interaktif urutan media.

                                 Rajah 4.5: Contoh papan cerita
         Selepas menghasilkan papan cerita, analisis perlu dibuat ke atas papan
cerita tersebut. Analisis dibuat dengan memperincikan setiap babak yang
terdapat dalam papan cerita tersebut bagi memastikan proses rakaman
berjalan lancar.

                                                                                                                          309
   315   316   317   318   319   320   321   322   323   324   325