Page 57 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 57
NOTA RUJUKAN
2.1.2 DEFINISI MUKA TAIP DAN FON
Muka taip merupakan sekumpulan aksara grafik yang biasanya terdiri dalam
pelbagai bentuk dan saiz. Setiap muka taip ini mempunyai bentuk paparan yang
berbeza dan menjadikan setiap satunya unik. Muka taip biasanya boleh dikenali
berdasarkan nama-nama khas yang diberikan kepadanya. Times New Roman,
Arial, Helvetica, Courier dan Tahoma misalnya merupakan contoh-contoh muka
taip yang sedia ada dalam kebanyakan sistem komputer.
2.1.2 JENIS-JENIS MUKA TAIP
Muka taip boleh dikategorikan berdasarkan bentuk atau muka paparannya.
Terdapat banyak kategori muka taip yang ada dan jenisnya sentiasa
berkembang selari dengan peredaran dan juga keperluan semasa. Berikut
merupakan sebahagian daripada jenis muka taip yang utama :
• Serif
• Sans Serif
• Script
• Dekoratif
Serif
Serif merujuk kepada garisan lengkungan atau ekor yang terdapat pada
penghujung sesuatu aksara. Oleh yang demikian, muka taip jenis serif merujuk
kepada muka taip yang mempunyai lengkungan atau ekor di bahagian
hujungnya. Lengkungan atau ekor ini dikatakan dapat membantu dalam
menyediakan keselesaan dalam proses pembacaan. Times New Roman, New
Century, SchoolBook dan Administer merupakan contoh muka taip jenis serif.
Times New Roman
Century
Garamond
Arabic Tysetting
Rajah 2.3: Contoh muka taip Serif
46

