Page 58 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 58
Sans Serif
Perkataan sans bermakna “tanpa” (without) dalam bahasa Perancis,
maka muka taip sans serif bermakna muka taip yang tidak mempunyai serif atau
tanpa serif. Dalam erti kata lain, muka taip jenis sans serif merujuk kepada muka
taip yang tidak mempunyai ekor atau lengkungan dihujungnya. Arial, Futura,
Impact, Myriad dan Tahoma merupakan contoh muka taip jenis sans serif.
Text
Rajah 2.4: Contoh muka taip Sans Serif
Script
Script ialah muka taip yang menyerupai tulisan tangan yang bersambung.
Biasanya Script digunakan dalam aktiviti tidak formal seperti kad jemputan dan
kad ucapan. Contoh muka taip Script ialah Becca & Berry, Moonbright, Brush
Script MT dan Edwardian Script.
Becca & Berry Moonbright
Brush Script MT Edwardian Script
Rajah 2.5: Contoh muka taip Script
47

