Page 60 - MODUL PEMBELAJARAN MPV PRODUKSI MULTIMEDIA T4
P. 60
2.1.4 FORMAT TEKS
Dalam penghasilan produk multimedia, penetapan format fon yang betul akan
memberi kesan yang terbaik dalam menyampaikan mesej dengan lebih
berkesan. Berikut adalah antara penetapan fon yang digunakan dalam mereka
bentuk teks dalam persembahan multimedia.
Saiz Fon
Penentuan saiz teks merupakan sesuatu yang agak subjektif kerana dalam
banyak keadaan muka taip yang berlainan akan dipaparkan dalam saiz yang
agak berbeza walaupun mempunyai ukuran saiz yang sama. Sebagai contoh,
saiz teks yang menggunakan muka taip Tunga tidak sama dengan muka taip
Verdana walaupun mempunyai nilai saiz yang sama
Tunga Verdana
MULTIMEDIA MULTIMEDIA
Rajah 2.8: Paparan muka taip Tunga dan Verdana dengan nilai saiz yang sama
Gaya Fon
Gaya fon biasanya digunakan dalam persembahan untuk memberi
penekanan kepada sesuatu kandungan teks. Antara gaya fon yang kerap
digunakan ialah:
• Bold BOLD
• Italics Italics
• Underline Underline
• Strikethrough Strikethrough
• Superscript Superscript2
• Subscript Subscript2
49

