Page 119 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 119

Ralat logik

             Ralat logik tidak akan mengganggu pelaksanaan segmen kod yang dibangunkan, maka
             tiada paparan mesej ralat. Lazimnya ralat logik disebabkan oleh kecuaian pengatur cara.
             Pernyataan-pernyataan berikut ialah contoh kesilapan umum yang membawa kepada ralat logik.




               (a)  Pemanggilan pemboleh ubah yang salah.
               (b)  Penggunaan nombor bulat atau nombor perpuluhan yang tidak betul atau bukan
                   di tempat yang sepatutnya.
               (c)  Penggunaan operator pengendali yang salah.
               (d)  Kesilapan dalam ungkapan Boolean.
               (e)  Penggunaan ruang jarak yang salah.



             Contoh 3.20        Pengesanan dan membaiki ralat logik pada segmen kod yang dihasilkan
                              untuk penyelesaian masalah.


             Pernyataan masalah:
             Aziz telah membeli dua naskhah buku cerita, senaskhah majalah dan dua naskhah buku
             motivasi. Semasa membuat pembayaran, Aziz memberikan RM200 kepada juruwang dan
             menerima RM66 sebagai baki bayaran buku yang dibeli. Setelah tiba di rumah, ibu Aziz
             ingin mengetahui harga untuk setiap buku tersebut. Harga seunit buku cerita dan majalah
             adalah masing-masing RM39 dan RM16. Harga buku motivasi tidak diketahui. Aziz telah
             menulis satu  segmen kod bagi  mendapatkan harga senaskhah  buku motivasi. Diketahui
             bahawa kedua-dua buku motivasi adalah sama harga.

             Output yang diingini:
             Berdasarkan kepada pernyataan masalah tersebut, output yang diingini perlu mendapatkan
             harga bagi senaskhah buku motivasi yang dibeli oleh Aziz. Seterusnya, jumlah keseluruhan
             belian tersebut mestilah berbaki sama dengan yang diberi, iaitu RM66.

             Contoh output:


               Bayaran yang dibuat: RM200
               Buku cerita, RM78
               Majalah, RM16.0
               Buku motivasi, RM20.0                                                                        BAB 3
               Baki wang anda, RM66.0














                                                                                                  109
   114   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124