Page 116 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 116

Ralat masa larian

           Kejadian ralat masa larian akan menyebabkan pelaksanaan segmen kod terhenti secara
           tiba-tiba tanpa diduga. Mesej ralat akan dipaparkan apabila ralat masa larian ditemui.
           Pernyataan-pernyataan  berikut  merupakan  contoh  kesilapan  umum  yang  menyebabkan
           kejadian ralat masa larian.




              (a)  Pembahagian dengan sifar.
              (b)  Melaksanakan operasi untuk dua pemboleh ubah yang berlainan jenis data.
              (c)  Menggunakan pemboleh ubah, fungsi, modul atau objek yang belum ditakrifkan.

              (d)  Mengakses nilai pustaka atau objek atribut yang tidak wujud.
              (e)  Mengakses fail yang tidak wujud.



            Contoh 3.19       Pengesanan dan membaiki ralat masa larian pada segmen kod yang
                            dihasilkan untuk penyelesaian masalah.


           Pernyataan masalah:
           Anda ditugaskan oleh guru anda untuk mengira jumlah perbelanjaan setiap peserta untuk
           aktiviti perkhemahan di sekolah pada bulan depan. Anda diberitahu bahawa, jumlah kos
           terdiri daripada dua jenis kos, iaitu kos tetap dan kos berubah. Item-item yang tergolong
           dalam kos tetap ialah kelengkapan peribadi (RM13.50), pakaian (RM105.90) dan sewaan
           khemah (RM12.00). Kos berubah terdiri daripada barangan keperluan memasak yang perlu
           dimasukkan oleh pengguna. Anda diminta menunjukkan jumlah kos tetap, kos berubah dan
           jumlah kos dalam senarai yang kemas kepada guru anda.

           Output yang diingini:
           Berdasarkan kepada pernyataan masalah tersebut, output yang diingini perlulah
           menjumlahkan kos yang tiada perubahan terlebih dahulu. Kemudian jumlah kos adalah
           daripada jumlah kos tetap berserta kos berubah yang dimasukkan.

           Contoh output:


             ***Pengiraan Kos Perkhemahan Unit Beruniform***

             Jumlah bagi Kos Tetap: RM131.4
  BAB 3
             Jumlah bagi Kos Berubah: RM30.0
             Jumlah Kos: RM161.4










        106
   111   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121