Page 114 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 114

Paparan mesej ralat apabila segmen kod yang dibangunkan dilaksanakan:


































                                     Segmen kod  yang dibangunkan  oleh Rosli  mempunyai ralat
                   IMBAS KEMBALI     sintaks. Ini adalah berikutan daripada mesej ralat yang terpapar.
                   IMBAS KEMBALI
                                     Rosli perlu melakukan semakan ke atas segmen kod di atas.
            Terdapat dua jenis teknik
            semakan kualiti, iaitu   Pilihan teknik langkah demi langkah:
            teknik semakan meja
            dan teknik langkah       Bagi membuat penyemakan ralat sintaks seperti di atas,
            demi langkah yang        teknik langkah demi langkah (step through) boleh digunakan.
            telah dipelajari semasa   Semakan dilakukan sebaris demi sebaris dalam segmen kod untuk
            Tingkatan 1.             memastikan segmen kod bebas daripada ralat.

           Mengesan ralat dan membaiki ralat:
           Hasil daripada teknik langkah demi langkah, didapati terdapat sebaris kod yang mengandungi
           ralat dan mengganggu pelaksanaan segmen kod yang telah dibangunkan. Berikut ialah kod
           baris yang mengandungi ralat yang perlu dibaiki.


                   print (“\nPurata Ketinggian: “ round (purata,2), ”m”)

               Ralat sintaks yang terkandung dalam segmen kod tersebut ialah, ketiadaan tanda koma
  BAB 3
           (,) sebelum fungsi round. Berikut ialah kod baris yang telah dibaiki.

                   print (“\nPurata Ketinggian: “, round (purata,2), ”m”)







        104
   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118   119