Page 13 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 13

Jadual 1.1   Cara memperoleh nilai digit-digit bagi nombor perpuluhan 1025
                                                                       10
                   10 3           10 2           10 1           10 0

                  1000           100             10              1
                1 × 1000        0 × 100        2 × 10          5 × 1

             Nilai digit 1  Nilai digit 0  Nilai digit 2  Nilai digit 5
             = 1000         = 0            = 20           = 5

             Penambahan untuk nilai-nilai setiap digit (1000 + 0 + 20 + 5)                                  BAB 1
             akan memperoleh nombor perpuluhan 1025 .
                                                       10
             Sistem nombor perlapanan                                             Fakta

             Sistem nombor perlapanan atau disebut  sistem nombor oktal               Segera
             menggunakan digit-digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7 untuk        Pengiraan dalam sistem
             mewakilkan sebarang nombor. Sistem nombor perlapanan juga      perlapanan wujud dalam
                                                                            kalangan kaum Yuki
             dikenali sebagai Sistem Asas 8 kerana terdapat lapan pilihan digit   yang merupakan orang
             bermula daripada 0 hingga 7. Apabila kita membilang secara     asli Amerika. Kaum
             perlapanan, selepas 7 adalah 10 kerana sistem perlapanan tidak   Yuki mengira dengan
             mempunyai digit 8.                                             menggunakan lapan
                                                                            ruang di antara jari bagi
                Nombor dalam sistem nombor perlapanan ditanda dengan        kedua-dua belah tangan.
             subskrip 8 pada hujung nombor tersebut. Contohnya, nombor      (Dipetik dan disesuaikan
             perlapanan 2001 akan ditulis sebagai 2001 .                    dari: goo.gl/efgxvc)
                                                     8
                Setiap digit dalam sistem nombor perlapanan mempunyai
             nilai tempatnya yang tertentu. Nilai tempat sistem nombor
             perlapanan ialah 1, 8, 64, 512 dan seterusnya. Nilai sesuatu
             digit dikira dengan mendarabkannya dengan nilai tempatnya.
             Jadual 1.2 menunjukkan cara memperoleh nilai digit-digit bagi
             nombor perlapanan 2001 .
                                     8
            Jadual 1.2   Cara memperoleh nilai digit-digit bagi nombor perlapanan
                      2001 8                                                        AKSES WEB

                   8 3            8 2            8 1            8 0
                                                                            Layari laman sesawang ini
                  512             64              8              1          untuk contoh lain untuk
                                                                            memperoleh nilai digit-digit
                2 × 512         0 × 64          0 × 8          1 × 1
                                                                            bagi nombor perlapanan.
             Nilai digit 2  Nilai digit 0  Nilai digit 0  Nilai digit 1
             = 1024         = 0            = 0            = 1

                Penambahan untuk nilai-nilai setiap digit (1024 + 0 + 0 + 1)
            akan memperoleh nombor perpuluhan 1025 . Maka, nombor              goo.gl/uGB4uV
                                                        10
            perlapanan 2001  bersamaan dengan nombor perpuluhan
                              8
            1025 .
                 10
                                                                                                   3
   8   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18