Page 12 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 12
Sistem Nombor Perlapanan
1.1 Sistem Nombor Perlapanan
Sistem nombor perlapanan juga disebut Sistem Asas 8 atau sistem
AKSES WEB nombor oktal. Ini disebabkan sistem ini hanya menggunakan
lapan pilihan digit, iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6 dan 7.
Layari laman sesawang Dalam pengkomputeran, sistem nombor perlapanan adalah
ini untuk mendapatkan
maklumat tentang sistem penting kerana merupakan salah satu sistem nombor yang
BAB 1
nombor perlapanan. digunakan untuk mewakili nombor perduaan yang bertindak
sebagai bahasa mesin. Sistem nombor perlapanan digunakan
kerana dapat saling bertukar kepada sistem nombor perduaan
dan sebaliknya dengan mudah. Dengan ini, nombor perduaan
yang panjang dapat diwakili oleh nombor perlapanan yang lebih
pendek dan kemas.
goo.gl/qUevaM
1.1.1 Perbezaan antara nombor perlapanan dan
1.1.1 Perbezaan antara nombor perlapanan dan
nombor perpuluhan
nombor perpuluhan
Standard Pembelajaran
Sistem nombor perpuluhan
Murid boleh:
1.1.1 Membezakan Sistem nombor perpuluhan atau disebut sistem nombor desimal
nombor perlapanan dan menggunakan digit-digit 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8 dan 9 untuk
nombor perpuluhan. mewakilkan sebarang nombor. Sistem nombor perpuluhan
digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian kita.
Contohnya dalam bidang perbankan, kita mesti mengira wang
dengan menggunakan sistem nombor perpuluhan. Oleh yang
demikian, murid diperkenalkan sistem nombor semasa di
sekolah lagi.
IMBAS KEMBALI Sistem nombor ini juga dikenali sebagai Sistem Asas 10
IMBAS KEMBALI
kerana terdapat sepuluh pilihan digit, iaitu bermula daripada
Sistem nombor 0 hingga 9. Sistem nombor ini ditanda dengan subskrip 10 di
perpuluhan yang dikenali
sebagai Sistem Asas 10 hujung nombor tersebut. Contohnya, nombor perpuluhan 1025
menggunakan sepuluh ditulis sebagai 1025 .
10
digit.
Setiap digit dalam sistem nombor perpuluhan mempunyai
nilai tempatnya yang tertentu. Nilai tempat sistem nombor
perpuluhan ialah 1, 10, 100, 1 000, 10 000 dan seterusnya.
Nilai sesuatu digit dikira dengan mendarabkannya dengan nilai
tempatnya. Jadual 1.1 menunjukkan cara memperoleh nilai
digit-digit bagi nombor perpuluhan 1025 .
10
2

