Page 14 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 14

Jadual 1.3  Perbezaan nombor perpuluhan dan nombor perlapanan

                     Sistem nombor perpuluhan                   Sistem nombor perlapanan

            Dikenali sebagai Sistem Asas 10.             Dikenali sebagai Sistem Asas 8.

            Juga dikenal sebagai sistem nombor desimal. Juga dikenal sebagai sistem nombor oktal.

            Nombor ditandakan dengan subskrip 10,        Nombor ditandakan dengan subskrip 8,
            seperti 74 .                                 seperti 112 .
                                                                   8
                     10
            Mempunyai sepuluh pilihan digit bermula      Mempunyai lapan pilihan digit bermula
            daripada 0 hingga 9.                         daripada 0 hingga 7.
   BAB 1
            Nilai tempat: 1, 10, 100, 1 000 dan          Nilai tempat: 1, 8, 64, 512 dan
            seterusnya.                                  seterusnya.





               Aktiviti 1.1
               Aktiviti
                 Individu
             Membilang secara perlapanan.                                            Teknik

             Nombor dalam sistem nombor perlapanan dibilang daripada 0 hingga 7.     Pengecaman
                                                                                     Corak
             Berdasarkan corak pembilangan nombor dalam sistem nombor
             perpuluhan, senaraikan 20 nombor perlapanan yang seterusnya.






                        Aktiviti 1.2
                        Aktiviti
                          Kumpulan

             Membandingkan antara sistem nombor perpuluhan dan sistem nombor perlapanan.
             1.  Lakukan sumbang saran bersama-sama ahli kumpulan anda tentang perkara-perkara berikut:
                (a)   Pilihan digit yang digunakan dalam nombor perpuluhan dan nombor perlapanan.
                (b)   Cara mendapatkan nilai nombor perpuluhan dan nombor perlapanan.
                (c)   Kegunaan sistem nombor perpuluhan dan sistem nombor perlapanan.
             2.  Catatkan hasil sumbang saran kumpulan anda dalam jadual perbandingan antara sistem
                nombor perpuluhan dan sistem nombor perlapanan.











         4
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19