Page 132 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 132

Semasa penyelesaian masalah      Struktur  kod arahan ialah paradigma pengaturcaraan
            dengan kod arahan yang        yang juga bertindak sebagai model untuk menjelaskan atur
            melibatkan struktur kawalan,   cara yang hendak dibangunkan. Struktur kod arahan juga
            anda telah mempraktikkan      bertujuan untuk memberikan penjelasan, meningkatkan
            penggunaan pelbagai teknik
            dalam pemikiran komputasional.  kualiti dan menjimatkan masa pembangunan sesuatu atur
                                          cara. Di samping itu, penggunaan struktur blok dalam
                                          beberapa  struktur  kawalan  merupakan  antara  mekanisme
                                          yang terdapat dalam struktur kod arahan.
                                             Kod arahan dibangunkan bagi mengarahkan komputer
                                          untuk menyelesaikan masalah dan memudahkan pengguna.
                                          Sebagai contoh, rekaan cef robot yang pertama di dunia
                                          yang dapat memasak seperti manusia memudahkan tugasan
                                          manusia dan dapat menyelesaikan masalah bagi manusia
                                          yang tidak mahir memasak.





           3.2.1 (i)
           3.2.1 (i)  Struktur kawalan jujukan dalam penyelesaian masalahStruktur kawalan jujukan dalam penyelesaian masalah
                                     Struktur kawalan jujukan ialah salah satu struktur kod arahan
            Standard Pembelajaran    yang paling mudah untuk difahami. Struktur ini melaksanakan
                                     arahan baris demi baris mengikut susunan satu aliran sahaja,
             Murid boleh:
             3.2.1  Menghasilkan atur   iaitu dari atas ke bawah secara tertib. Oleh itu, struktur kawalan
             cara yang melibatkan:   jujukan melaksanakan kod atur cara secara linear, di mana
               (i)  struktur kawalan   setiap pernyataan dilaksanakan  (executed) mengikut urutan
                  jujukan dalam      yang telah ditetapkan.
                  penyelesaian           Struktur kawalan jujukan digunakan untuk menyelesaikan
                  masalah.           sesuatu permasalahan yang mudah. Struktur kawalan jujukan
                                     dapat dikenal pasti dengan mudah melalui tertib penyelesaian
                                     masalah secara langkah demi langkah seperti dalam Rajah 3.11.


                                                                 MULA


                                                               Langkah 1



                                                               Langkah 2
  BAB 3


                                                               Langkah 3



                                                                 TAMAT
                                                 Rajah 3.11  Carta alir struktur kawalan jujukan

        122
   127   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137