Page 176 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 176
Praktis 3.2
1. Tuliskan satu atur cara ringkas yang dapat memeriksa huruf yang dimasukkan sama ada
huruf vokal atau huruf konsonan. Atur cara perlu mengenal pasti lima huruf vokal, iaitu
(A, E, I, O, U) atau (a, e, i, o, u). Gunakan struktur kawalan yang sesuai bagi atur cara
tersebut. Atur cara akan memaparkan mesej contoh output yang ditunjukkan di bawah.
Contoh output:
2. Dalam setahun terdapat 12 bulan. Setiap bulan mempunyai jumlah hari sama ada
30 hari, 31 hari atau 28/29 hari. Tuliskan satu atur cara yang dapat membaca
nama bulan yang dimasukkan dan memaparkan bilangan hari bagi bulan tersebut.
Gunakan struktur kawalan pilihan yang sesuai bagi atur cara tersebut.
Contoh output:
3. Terdapat tiga jenis segi tiga berdasarkan ukuran sisi seperti yang ditunjukkan di bawah.
Tuliskan satu atur cara berdasarkan input ukuran Sisi-x, Sisi-y dan Sisi-z yang dimasukkan.
Atur cara akan memaparkan jenis segi tiga yang terbabit.
BAB 3
Sisi-x Sisi-y Sisi-x Sisi-y
Sisi-x Sisi-y
Sisi-z Sisi-z Sisi-z
Segi tiga sama sisi Segi tiga sama kaki Segi tiga tidak sama sisi
166

