Page 28 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 28
1.2 Sistem Nombor Perenambelasan
Sistem Nombor Perenambelasan
Sistem nombor perenambelasan ialah salah satu sistem nombor
AKSES WEB yang digunakan untuk mewakili nombor perduaan yang digunakan
sebagai bahasa mesin. Sistem nombor ini digunakan kerana dapat
Layari laman sesawang ini saling bertukar kepada sistem nombor perduaan dan sebaliknya
untuk maklumat lanjut dengan mudah.
mengenai sistem nombor Penggunaan sistem nombor perenambelasan membolehkan
BAB 1
perenambelasan. komputer menyimpan data dengan efisien. Salah satu kepentingan
nombor perenambelasan adalah untuk mewakili warna pada
alatan digital dalam model warna RGB, iaitu Red, Green, Blue, di
mana setiap warna diwakili oleh dua nombor perenambelasan. Ini
2
bermaksud, setiap warna mempunyai sebanyak 16 = 256 varian
goo.gl/YZj8A6 warna. Secara keseluruhan, jumlah spektrum warna yang dapat
diwakili ialah 256 merah × 256 hijau × 256 biru, iaitu melebihi
16 juta warna.
Merah
255-0-0
AKSES WEB
Magenta Kuning
Tonton video tutorial 255-0-255 255-255-0
ini untuk memperoleh
maklumat tentang
perwakilan nombor
perenambelasan dengan
model warna RGB.
Biru Hijau
0-0-255 0-255-0
goo.gl/8yg2yx Cyan
0-255-255
Rajah 1.3 Roda spektrum warna R-G-B
Selain itu, sistem nombor perenambelasan juga digunakan
Fakta
Segera untuk pembangunan asas sistem mikropemproses. Segala mesej
ralat tentang lokasi ingatan komputer ditunjukkan dengan
Hexadecimal numbering
system setara dengan nombor perenambelasan. Ini memudahkan pembangun sistem
sistem nombor mengenal pasti dan membetulkan ralat tersebut.
perenambelasan dalam Sistem nombor perenambelasan menggunakan sepuluh
bahasa Melayu.
digit dan enam abjad. Oleh itu, sistem nombor perenambelasan
dikenali sebagai Sistem Asas 16. Sepuluh digit dan enam abjad
yang digunakan dalam nombor perenambelasan ialah 0, 1, 2, 3,
4, 5, 6, 7, 8, 9, A, B, C, D, E, F.
18

