Page 30 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 30

Aktiviti 1.9
               Aktiviti
                 Individu

             Membilang secara perenambelasan.
             Nombor dalam sistem nombor perenambelasan dibilang daripada             Teknik
             0 hingga 9 diikuti A hingga F. Berdasarkan corak pembilangan            Pengecaman
             nombor dalam sistem nombor perpuluhan, senaraikan 20 nombor             Corak
             perenambelasan yang seterusnya.




                         Jadual 1.8  Perbezaan nombor perpuluhan dan nombor perenambelasan
   BAB 1

                    Sistem nombor perpuluhan                 Sistem nombor perenambelasan

            Dikenali sebagai Sistem Asas 10.           Dikenali sebagai Sistem Asas 16.

            Juga dikenal sebagai sistem nombor         Juga dikenal sebagai sistem nombor
            desimal.                                   heksadesimal.


            Nombor ditandakan dengan subskrip 10,      Nombor ditandakan dengan subskrip 16,
            seperti 74 .                               seperti 4A .
                     10                                          16

            Mempunyai sepuluh pilihan digit bermula    Mempunyai enam belas pilihan digit
            daripada 0 hingga 9.                       bermula daripada 0 hingga 9 dan A
                                                       hingga F.


            Nilai tempat: 1, 10, 100, 1000 dan         Nilai tempat: 1, 16, 256, 4096 dan
            seterusnya.                                seterusnya.



                    Penukaran nombor perpuluhan


           1.2.2
                                                     kepada nombor perenambelasan
           1.2.2 (i)   Penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perenambelasan
                (i)
                                      Kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor
            Standard Pembelajaran     perenambelasan adalah serupa dengan kaedah yang digunakan
                                      semasa  penukaran  nombor  perpuluhan  kepada  nombor
             Murid boleh:             perlapanan. Kaedah ini disebut kaedah bahagi dengan 16 dan
             1.2.2  Menukar nombor    gunakan bakinya.
               (i)  perpuluhan
                  kepada nombor          Dalam kaedah ini, nombor perpuluhan dibahagi dengan 16.
                  perenambelasan.     Kemudian hasil bahagi dan bakinya dicatatkan. Hasil bahagi
                                      pertama dibahagi dengan 16 sekali lagi dan hasil bahagi serta
                                      baki dicatatkan. Proses ini diulang sehingga hasil bahaginya
                                      tidak boleh dibahagi lagi. Nilai nombor perenambelasan diambil
                                      berdasarkan baki yang tercatat secara menyongsang.




         20
   25   26   27   28   29   30   31   32   33   34   35