Page 32 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 32

Aktiviti 1.11
                        Aktiviti
                          Kumpulan
             Membandingkan kaedah penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan dan
             nombor perpuluhan kepada nombor perenambelasan.
             1.  Rujuk Subtopik 1.1.2 (i) tentang penukaran nombor perpuluhan kepada nombor perlapanan
                dan perhatikan kaedah yang digunakan.
             2.  Bandingkan kaedah yang telah anda perhatikan dalam langkah 1 dengan kaedah penukaran
                nombor perpuluhan kepada nombor perenambelasan.
             3.  Sediakan  satu  lembaran  grafik  yang  menunjukkan  persamaan  dan  perbezaan  dengan
                menggunakan satu contoh nombor perpuluhan yang sesuai.
   BAB 1
             4.  Apakah kesimpulan yang dapat anda buat tentang perbandingan ini?

             5.  Adakah kaedah yang sama dapat digunakan untuk penukaran nombor perpuluhan kepada
                sistem nombor yang lain seperti nombor pertigaan dan nombor perempatan?

             6.  Berikan justifikasi kepada jawapan anda.




                (ii)
                     Penukaran

                                nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan
           1.2.2
           1.2.2 (ii)   Penukaran nombor perenambelasan kepada nombor perpuluhan
                                     Nombor perenambelasan boleh ditukar kepada nombor
            Standard Pembelajaran    perpuluhan dengan mendarabkan digit dan abjad dalam nombor
                                     perenambelasan dengan nilai tempat nombor perenambelasan.
             Murid boleh:
             1.2.2  Menukar nombor   Nilai tempat nombor perenambelasan ditunjukkan dalam
               (ii)  perenambelasan   Jadual 1.9.
                  kepada nombor
                  perpuluhan.                   Jadual 1.9  Nilai tempat nombor perenambelasan
                                                   16 3      16 2      16 1      16 0
                                                 4 096       256       16         1




            Contoh 1.10      Penukaran nombor perenambelasan 4F3  kepada nombor perpuluhan.
                                                                   16

           Abjad F dalam nombor perenambelasan mewakili nombor 15 dalam nombor perpuluhan.
           Oleh itu, nilai perwakilan abjad digunakan semasa pengiraan.

                    16 2                16 1                16 0

                    256                 16                   1
                     4                  15                   3
              4 × 256 = 1024       15 × 16 = 240          3 × 1 = 3

           Nombor perpuluhan = 1024 + 240 + 3 = 1267


         22
   27   28   29   30   31   32   33   34   35   36   37