Page 93 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 93
Dalam pengaturcaraan Python, jenis data string dapat digunakan
bersama fungsi-fungsi Python yang lain untuk memanipulasi AKSES WEB
nilai string mengikut keperluan dan tujuan sesuatu program atau
aplikasi yang ingin dibangunkan. Jadual 3.3 menunjukkan fungsi Layari laman sesawang ini
yang memanipulasi nilai string dan tujuannya. untuk memahami urutan
keluar, operator khas,
Jadual 3.3 Fungsi yang memanipulasi nilai string dan tujuannya
simbol khas dan fungsi
Fungsi Tujuan nilai khas untuk
memanipulasi string dalam
Mencapai satu aksara atau
Tanda [ ] atau [ : ] pengaturcaraan Python.
lebih dalam string.
Menghitung bilangan aksara
len ()
dalam string.
Menggabungkan dua string
Simbol +
tanpa ruang kosong. goo.gl/LsKhQZ
Menggabungkan dua string
Simbol ,
dengan satu ruang kosong.
Mengulang string dengan
Simbol *
bilangan yang dinyatakan.
Menambahkan aksara di
join ()
antara setiap aksara.
Contoh 3.6 hingga Contoh 3.9 memperjelaskan lagi cara untuk menggunakan semua
fungsi-fungsi dalam Jadual 3.3. Contoh-contoh ini akan membimbing murid memahami
kegunaan fungsi-fungsi tersebut untuk membolehkan murid mengatur cara dengan
menggunakan Python dalam Subtopik 3.2.
Contoh 3.6 Kod arahan bahasa pengaturcaraan Python untuk mencapai satu aksara
atau lebih dalam string.
BAB 3
Arahan print (ayat [4]) merujuk kepada aksara kelima dalam string, iaitu aksara “m”.
Nombor dalam tanda [ ] disebut nombor indeks.
Arahan print (ayat [10:14]) merujuk kepada aksara dalam lingkungan ke-10 hingga
ke-14 dalam string, iaitu “tang”.
83