Page 89 - Buku Teks ASK Tingkatan 2
P. 89
Aktiviti 3.1
Aktiviti
Individu
Tulis segmen kod Python dengan menggunakan operator matematik.
1. Dapatkan hasil tolak bagi a = 50 dan b = 36.
2. Berapakah hasil darab bagi x = 49 dengan y = 23?
3. Berapakah hasil bahagi bagi m = 128 dengan n = 12?
Double
Double juga sejenis data yang mewakili nombor. Perbezaan
antara double dan integer ialah nombor yang diwakili oleh AKSES WEB
double ialah nombor yang mengandungi bahagian pecahan,
iaitu nombor yang mempunyai titik perpuluhan. Double boleh Layari laman sesawang
terdiri daripada nombor negatif dan nombor positif yang bertitik ini untuk mendapatkan
perpuluhan. Ini membolehkan kod arahan membuat pengiraan maklumat lanjut tentang
yang lebih jitu semasa membuat pengiraan wang ataupun penggunaan double dalam
menyelesaikan masalah matematik yang kompleks. Rajah 3.4 bahasa pengaturcaraan C.
menunjukkan garis nombor bagi nilai double bermula daripada
nilai –3.5 hingga 3.5.
goo.gl/RNoiG6
–3.5 –2.5 –1.5 0 1.5 2.5 3.5
Rajah 3.4 Garis nombor bagi nilai double –3.5 hingga 3.5
Bahasa-bahasa pengaturcaraan C, C++ dan C# mengiktiraf double sebagai jenis data.
Bahasa pengaturcaraan Python tidak menyokong jenis data double tetapi menggunakan jenis
data float bagi mewakili nombor-nombor yang mempunyai titik perpuluhan. Perbezaan jenis
data double dan float ialah penggunaan memori bagi pemboleh ubah yang diisytiharkan
sebagai double ataupun float. Apabila sesuatu pemboleh ubah diisytiharkan sebagai double,
memori sebanyak 64 bit akan diperuntukkan. Rajah 3.5 menunjukkan pecahan bit bagi nilai
double. Apabila sesuatu pemboleh ubah diisytiharkan sebagai float, memori sebanyak 32 bit
akan diperuntukkan. Rajah 3.6 menunjukkan pecahan bit bagi nilai float.
BAB 3
1 bit 11 bit 52 bit 1 bit 8 bit 23 bit
Tanda (–/+) Nilai Nilai Tanda (–/+) Nilai Nilai
sebelum titik selepas titik sebelum titik selepas titik
perpuluhan perpuluhan perpuluhan perpuluhan
Rajah 3.5 Pecahan bit bagi nilai double Rajah 3.6 Pecahan bit bagi nilai float
79

