Page 111 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 111

Pembangunan Algoritma   3.1


               3.1.5   Pengecaman Corak dalam Algoritma                         Pembelajaran
                         Search dan Sort
                                                                            Murid boleh:
             Pengecaman corak amat penting dalam pembangunan algoritma      3.1.5   Membandingkan
             kerana pengatur cara boleh mengenal pasti dan memahami              algoritma search
             corak masalah yang perlu diselesaikan. Kefahaman ini akan           dan sort melalui
             memudahkan pengatur cara membina algoritma yang cekap dan           pengecaman corak.
             berkesan. Di samping itu, pengatur cara boleh membandingkan
             masalah yang hendak diselesaikan dengan masalah-masalah
             lain yang serupa dan telah memperoleh penyelesaian. Jika
             didapati corak masalah yang hendak diselesaikan sama dengan
             masalah-masalah yang lain, pengatur cara boleh menggunakan
             penyelesaian yang sedia ada atau menggunakannya sebagai asas      Pengecaman
             untuk membina algoritma yang lebih baik.                          corak dalam
                                                                               pengkomputeran
                Pengecaman corak ialah satu teknik untuk mengenal pasti
             ciri-ciri, struktur, bentuk input serta output dan sebagainya
             yang terdapat dalam sesuatu masalah. Pengecaman corak sering
             melibatkan perbandingan corak antara masalah yang serupa atau
             sama untuk mencari persamaan dan perbezaan dalam masalah-          goo.gl/EbZPW8
             masalah tersebut. Dalam topik ini, anda akan mengecam dan
             membandingkan corak bagi algoritma search dan algoritma sort
             supaya pengertian yang lebih mendalam dapat diketahui. Rajah
             3.27 menunjukkan perbandingan antara ciri-ciri algortima search
             dan sort.




                              Membandingkan                           Isihan tamat
                             item carian dengan                       apabila semua
                               item tertentu                        item berada dalam
                               dalam senarai.                       urutan yang betul.
                                                   Menggunakan
                                                     senarai

                                                                                       Mengisih
                                                                                    item-item dalam
              Mencari suatu item   Algoritma                         Algoritma      senarai mengikut
                dalam senarai.      search                             sort          urutan menaik
                                                                                     atau menurun.


                                                   Menggunakan
                                                     gelung
                              Boleh digunakan
                               untuk senarai                        Digunakan untuk
                               yang telah disih                       senarai yang
                              atau belum diisih.                      belum diisih


                               Rajah 3.27  Perbandingan ciri-ciri algoritma search dan sort

                                                                                                101
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116