Page 113 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 113

Pembangunan Algoritma   3.1


                             Pembinaan algoritma bagi gabungan teknik search
                     3.13   dan sort.


                                                                             Dalam perisian aplikasi
               Semasa aktiviti penangkapan ikan di laut, apabila pukat       pemprosesan perkataan,
               dinaikkan ke atas kapal, nelayan akan mencari ikan-ikan       carian boleh dilakukan
               berkualiti yang mempunyai nilai dalam pasaran. Ikan-ikan ini   dengan lebih pantas,
               akan diasingkan dan dimasukkan ke dalam bakul manakala        iaitu dengan menekan
               ikan-ikan yang lain akan dilepaskan semula ke laut. Ikan-ikan   “Ctrl+F” pada papan
                                                                             kekunci. Anda hanya
               yang terdapat di dalam bakul akan diisih mengikut jenisnya.   perlu menaip perkataan
                                                                             yang ingin dicari pada
                Algoritma bagi carian kualiti ikan dan isihan ikan-ikan      kotak yang disediakan
             mengikut jenis ditunjukkan dalam Rajah 3.28                     dan komputer akan
                                                                             membuat carian
                                                                             perkataan tersebut.
                1.  Naikkan pukat ke atas kapal.
                2.  Cari ikan-ikan berkualiti yang mempunyai nilai
                    dalam pasaran.
                3.  Jika ikan tidak berkualiti yang tidak mempunyai nilai                   3.15
                    dalam pasaran, lepaskan semula ke laut.
                                                                             Adakah aktiviti dalam
                4.  Isih ikan-ikan mengikut jenis.                           Contoh 3.13 boleh
                                                                             dimulakan dengan
             Rajah 3.28  Algoritma carian kualiti ikan dan isihan ikan mengikut jenis  mengisih ikan mengikut
                                                                             jenis dan kemudian
                                                                             mencari ikan-ikan yang
                Berdasarkan algoritma dalam Rajah 3.28, proses carian        berkualiti?
             dilakukan terlebih dahulu dan diikuti dengan proses isihan.




                                   3.11


              Algoritma Gabungan Search dan Sort                                Kaedah Home Group
                                                                                dan Colour Group
              1.  Setiap kumpulan diberikan satu senarai seperti di bawah. Isihkan senarai tersebut
                 mengikut urutan dan seterusnya lakukan carian nombor 13.

                              16       5      27      13       9       1        6

              2.  Bincangkan teknik  sort yang sesuai digunakan untuk mengisih senarai di atas
                 bersama-sama ahli kumpulan.
              3.  Selepas melakukan perbincangan, setiap ahli daripada setiap kumpulan akan
                 membentuk kumpulan yang baharu.
              4.  Kemudian, ahli kumpulan baharu akan melakukan perbincangan mengenai pemilihan
                 teknik search yang sesuai digunakan untuk mencari nombor 13.


                                                                                                103
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118