Page 12 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 12
1.1 PEMBANGUNAN ATUR CARA
Pembangunan atur cara terdiri daripada lima fasa, iaitu fasa
analisis masalah, fasa reka bentuk atur cara, fasa pengekodan,
fasa pengujian dan penyahpepijatan serta fasa dokumentasi.
Algoritma digunakan untuk
menyelesaikan sesuatu Rajah 1.1 menunjukkan fasa-fasa pembangunan atur cara.
masalah secara langkah
demi langkah. Algoritma
yang terdiri daripada Analisis Reka Bentuk Pengekodan
pseudokod dan carta alir Masalah Atur Cara
akan digunakan dalam fasa
reka bentuk atur cara.
Pengujian dan
Pembangun perisian Penyahpepijatan Dokumentasi
(software developer)
bertanggungjawab dan
terlibat dalam fasa-fasa Rajah 1.1 Fasa-fasa pembangunan atur cara
pembangunan atur cara.
Pembelajaran 1.1.1 Menggunakan Konsep Pemikiran
Komputasional dalam Pembangunan
Murid boleh: Atur Cara
1.1.1 Menggunakan
konsep pemikiran Pemikiran komputasional ditakrifkan sebagai satu proses
komputasional pemikiran bertujuan untuk menyelesaikan masalah oleh manusia
dalam fasa sendiri berbantukan mesin atau kedua-duanya sekali dengan
pembangunan
atur cara bagi menggunakan konsep asas sains komputer. Proses penyelesaian
membangunkan atur masalah ini melibatkan usaha memecahkan masalah kepada
cara aritmetik: komponen yang lebih kecil dan mencari penyelesaian secara
(i) Analisis masalah sistematik.
(ii) Reka bentuk Pernyataan berikut menunjukkan suatu masalah yang
atur cara
(iii) Pengekodan diketengahkan bagi membincangkan tentang penggunaan konsep
(iv) Pengujian dan pemikiran komputasional dalam pembangunan atur cara.
penyahpepijatan
(v) Dokumentasi
Anda diminta untuk membina atur cara mudah bagi
mengira luas dan perimeter sebuah padang bola yang
berbentuk segi empat tepat.
2

