Page 16 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 16
(iii) Fasa Pengekodan
Dalam fasa ini, pengatur cara akan:
(a) Memilih bahasa pengaturcaraan, misalnya Python dan perisian pengaturcaraan, misalnya
Pyscripter dan IDLE.
(b) Mengekod atur cara berdasarkan pseudokod dan carta alir.
Teknik Leraian
Semasa fasa pengekodan, anda boleh menggunakan teknik leraian untuk mengenal pasti
komponen masalah ketika menulis kod arahan. Rajah 1.7 menunjukkan penggunaan teknik
leraian bagi mengatasi masalah penulisan kod arahan.
Masalah Besar
Menulis kod bagi input, proses dan output
Bahagian Kecil Bahagian Kecil Bahagian Kecil Bahagian Kecil
Pengisytiharan pemboleh Menulis kod Menulis kod Menulis kod
ubah dan pemalar input proses output
Rajah 1.7 Penggunaan teknik leraian bagi mengatasi masalah penulisan kod arahan
Teknik Pengecaman Corak
Teknik pengecaman corak memberikan penekanan kepada
pemboleh ubah bagi input, iaitu panjang dan lebar kerana
kedua-duanya menunjukkan corak yang sama. Nilai bagi
pemboleh ubah pula merupakan corak yang berbeza kerana
pengguna boleh memasukkan sebarang nilai yang ingin diuji bagi
mendapatkan luas dan perimeter sebuah padang bola. Jadual 1.1
menunjukkan persamaan dan perbezaan pemboleh ubah.
Jadual 1.1 Persamaan dan perbezaan pemboleh ubah
Persamaan Perbezaan
Pemboleh ubah Nilai luas dan perimeter padang bola
Seymour Papert (a) panjang (a) Luas = panjang × lebar
merupakan individu (b) lebar (b) Perimeter = (panjang + lebar) × 2
yang pertama
memperkenalkan
pemikiran komputasional
untuk pembelajaran.
(Sumber: goo.gl/SbdAP)
6

