Page 22 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 22
Teknik Pengitlakan
Teknik pengitlakan melibatkan pembinaan model bagi proses pengujian dan penyahpepijatan
atur cara. Rajah 1.14 dan 1.15 menunjukkan senarai semak yang boleh anda bina selepas
proses pengujian dan penyahpepijatan atur cara yang telah anda lakukan.
Langkah-langkah menguji dan menyahpepijat
A Pengujian dan penyahpepijatan secara manual
(a) Semak kesesuaian nama pemboleh ubah.
(b) Sintaks kod arahan adalah betul.
(c) Logik dan susunan kod-kod arahan adalah betul.
(d) Formula matematik adalah betul.
(e) Gunakan sampel data untuk menguji atur cara.
Rajah 1.14 Senarai semak proses pengujian dan penyahpepijatan secara manual
B Pengujian dan penyahpepijatan semasa pelaksanaan atur cara
(a) Laksanakan atur cara.
(b) Baca dan fahami mesej ralat.
(c) Kenal pasti lokasi ralat dan baiki ralat.
(d) Ulang langkah (a) hingga (c) sehingga tiada mesej ralat.
(e) Semak output menggunakan beberapa set sampel data.
Rajah 1.15 Senarai semak proses pengujian dan penyahpepijatan atur cara
Kesimpulannya, senarai semak ini jelas menunjukkan langkah-langkah yang perlu dilakukan
semasa membuat pengujian dan penyahpepijatan ralat. Penyelesaian masalah secara langkah
demi langkah ini dapat digunakan untuk menyelesaikan masalah lain yang serupa.
12

