Page 23 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 23
Pembangunan Atur Cara 1.1
(v) Fasa Dokumentasi
Dalam fasa ini, pengatur cara akan menyediakan dokumentasi dalaman dan dokumentasi
luaran. Jadual 1.6 menunjukkan definisi serta tujuan dokumentasi dalaman dan dokumentasi
luaran disediakan.
Jadual 1.6 Definisi dan tujuan dokumentasi dalaman dan dokumentasi luaran disediakan
Dokumentasi Dalaman Dokumentasi Luaran
Definisi Dokumen yang akan • Dokumen yang akan digunakan oleh pengguna
dijadikan rujukan oleh akhir sesuatu atur cara.
pengatur cara baharu • Terbahagi kepada dokumen pustaka dan
dalam sebuah organisasi. panduan pengguna.
Tujuan • Membantu pengatur • Dokumen pustaka memberikan maklumat
cara baharu untuk tentang perisian, perkakasan, algoritma atur cara
memahami atur cara dan kod arahan atur cara kepada pengguna akhir.
yang telah dibangunkan. • Panduan pengguna memberikan maklumat
• Memudahkan kepada pengguna akhir tentang pemasangan
penyenggaraan sesuatu dan cara perlaksanaan atur cara yang telah
aplikasi atau atur cara. dibangunkan.
Teknik Leraian
Demi memastikan dokumentasi atur cara adalah lengkap, langkah pertama yang harus diambil
adalah meleraikan dokumentasi yang perlu disediakan kepada jenis dan bahagian-bahagian yang
kecil. Rajah 1.16 menunjukkan penggunaan teknik leraian semasa menyediakan dokumentasi.
Masalah Besar
Menyediakan dokumentasi
Bahagian Kecil Bahagian Kecil
Dokumentasi dalaman Dokumentasi luaran
Dokumen pustaka Panduan pengguna
Rajah 1.16 Fasa dokumentasi menggunakan teknik leraian
Teknik leraian membolehkan anda menentukan jenis dan komponen-komponen penting
yang perlu ada dalam dokumentasi yang disediakan.
13

