Page 19 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 19

Pembangunan Atur Cara   1.1


            Jadual 1.3 menunjukkan punca-punca lazim dan contoh kesalahan yang menyebabkan ralat.
                      Jadual 1.3  Punca-punca lazim dan contoh kesalahan yang menyebabkan ralat

             Jenis ralat        Punca ralat                        Contoh kesalahan
                       1. Kesalahan mengeja kata                 Tiada simbol hash (#) pada penulisan komen.
                          kunci.
                       2. Kesalahan atau tertinggal    Atur cara bagi mengira luas dan perimeter
                          tanda-tanda seperti tanda    sebuah padang bola
                          kurung, tanda titik bertindih,
             Ralat        tanda petik dan lain-lain.  # Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
             sintaks                               # Input
                       3. Kesalahan menggunakan    panjang = float(input(“\nMasukkan panjang: ))
                          sintaks bahasa           lebar = float(input(“Masukkan lebar: “))
                          pengaturcaraan.
                       4. Kesalahan menggunakan     Tiada tanda petik (”) sebelum tanda kurung.
                          inden.
                       1. Kesalahan memberikan     # Atur cara bagi mengira luas dan perimeter
                          atau tidak memberikan    sebuah padang bola
                          jenis data kepada pemboleh  # Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
                          ubah.                    # Input
                       2. Kesalahan menggunakan    panjang = float(input(“\nMasukkan panjang: ”))
                          pemboleh ubah atau       lebar = float(input(“Masukkan lebar: “))
             Ralat        pemalar yang tidak wujud.
             masa      3. Kesalahan melakukan      # Proses
             larian                                luas = panjang * tinggi
                          pembahagian sifar.       perimeter = (panjang * lebar) * 2
                       4. Kesalahan menggunakan
                          operator matematik                  Kesalahan menggunakan pemboleh ubah “tinggi”.
                          dan operator logik pada
                          pemboleh ubah yang
                          berjenis data string.
                       1. Kesalahan membuat        # Atur cara bagi mengira luas dan perimeter
                          pengiraan.               sebuah padang bola
                       2. Kesalahan ungkapan       # Pengisytiharan pemboleh ubah dan pemalar
                          boolean.                 # Input
             Ralat     3. Kesalahan menggunakan    panjang = float(input(“\nMasukkan panjang: ”))
                                                   lebar = float(input(“Masukkan lebar: “))
             logik        operator.
                                                   # Proses
                                                   luas = panjang * tinggi
                                                   perimeter = (panjang * lebar) * 2

                                                                   Kesalahan menggunakan operator “ * ”.

             †† Teknik Peniskalaan
             Teknik peniskalaan digunakan semasa penyahpepijatan dengan memberikan penekanan
             kepada aspek penting untuk menyahpepijat ralat, iaitu mengetahui sintaks bahasa
             pengaturcaraan, cara untuk mengesan ralat atau kedudukan ralat dan logik sesuatu atur cara.
                Penyahpepijatan ialah proses mencari dan membaiki ralat yang berlaku. Pelaksanaan
             kod arahan dilakukan oleh penterjemah Python sebaris demi sebaris bermula daripada kod
             input. Rajah 1.10 menunjukkan paparan mesej ralat sintaks.

                                                                                                  9
   14   15   16   17   18   19   20   21   22   23   24