Page 97 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 97

Pembangunan Algoritma   3.1

                Daripada  algoritma  dalam  Rajah  3.12,  beberapa  perkara  perlu  dikenal  pasti  terlebih
             dahulu untuk memudahkan proses menulis pseudokod dan melukis carta alir. Pemboleh
             ubah yang perlu diketahui adalah seperti berikut:

              Katakan:
              •  Senarai L mengandungi item-item yang perlu diisih, iaitu senarai nama ahli.
              •  i ialah pemboleh ubah yang mewakili kedudukan item dalam senarai L.
              •  n ialah pemboleh ubah yang mewakili bilangan item dalam senarai L.
              •  nB ialah pemboleh ubah yang mewakili bilangan baldi yang diperlukan.
              •  j ialah pemboleh ubah yang mewakili kedudukan baldi.



               Langkah 2       Menulis pseudokod dan melukis carta alir


              1   Menulis pseudokod

              1  Mula
              2  Setkan senarai L = [Hilmi, Anas, Siti, …, Maisara]
              3  Setkan senaraiBaharu[ ]
              4  Isytihar pemboleh ubah i, j, n, nB
              5  Setkan n = 15
              6  Setkan nB = bilangan baldi
              7  Wujudkan baldi kosong
              8  Masukkan item ke dalam baldi
              9  Setkan i = 0
              10 for i < n
                 10.1 Masukkan senarai[i] ke dalam Baldi
                 10.2 Kira i = i + 1
              11 Setkan j = 0
              12 for j < nB
                 12.1 Jika Baldi[j] kosong                                   Gunakan bubble sort
                       12.1.1 Kira j = j + 1                                 atau jenis isihan lain yang
                 12.2 Jika tidak                                             sesuai untuk mengisih
                       12.2.1  Isih item                                     item di dalam baldi.
                       12.2.2 Kira j = j + 1
              13 Cantum dan masukkan item-item ke dalam senaraiBaharu[ ]
              14 Papar senaraiBaharu[ ]
              15 Tamat
                                       Rajah 3.13  Pseudokod bagi bucket sort






                  Bilangan baldi, nB boleh ditentukan dengan menggunakan formula:
                                                 nB = had atas  n
                  Contohnya, kiraan bilangan baldi bagi 20 item dalam senarai ialah had atas  20  = 4.472.
                  Maka, bilangan baldi yang diperlukan ialah 5.


                                                                                                 87
   92   93   94   95   96   97   98   99   100   101   102