Page 92 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 92
Langkah-langkah pembinaan pseudokod dan
3.9
carta alir bagi bubble sort daripada satu senarai
nombor yang rawak.
Item-item dalam senarai
akan saling bertukar
kedudukan sehingga Semasa hari sukan sekolah, acara lempar cakera telah
item-item berada pada dipertandingkan. 10 orang murid daripada empat buah rumah
urutan yang betul sukan layak untuk menyertai peringkat akhir acara lempar
seperti buih yang lebih cakera itu. Guru penyelaras, Cikgu Azmi ingin mengisih
ringan akan terapung di
permukaan air. Bubble senarai peserta acara lempar cakera mengikut jarak lontaran
sort mendapat nama dalam urutan menurun untuk menentukan pemenang
daripada konsep ini. bagi acara tersebut. Rajah 3.8 menunjukkan jarak lontaran
(dalam m) bagi 10 orang peserta acara lempar cakera.
28.2 26 26.5 27.2 30.4 27 31.4 29.1 27.4 27.8
Rajah 3.8 Jarak lontaran (dalam m) peserta acara lempar cakera
Langkah 1 Memahami proses bubble sort dengan
membina algoritma
3.9 Rajah 3.9 menunjukkan algoritma bagi bubble sort.
Berdasarkan Contoh
3.9, apakah yang akan 1. Semak item pertama dengan item kedua dalam senarai.
berlaku jika terdapat 2. Bandingkan kedua-dua item tersebut.
dua orang murid yang
memperoleh jarak 3. Jika kedua-dua item tersebut tidak mengikut urutan,
lontaran yang sama? tukarkan kedudukan kedua-duanya.
4. Ulang langkah 2 hingga langkah 3 dengan item kedua
dan item ketiga, kemudian item ketiga dengan item
keempat dan seterusnya sehingga ke item terakhir.
5. Semak senarai untuk melihat sama ada semua item
berada pada kedudukan yang betul.
6. Ulang langkah 1 hingga 5 sehingga semua item dalam
senarai telah diisih mengikut urutan.
Rajah 3.9 Algoritma proses bubble sort
Perhatikan langkah 4 dan langkah 6 pada algoritma dalam
Rajah 3.9. Kedua-dua langkah ini memerlukan gelung kerana
item-item bersebelahan akan sentiasa dibandingkan sehingga
dua item terakhir dan item-item dalam senarai akan sentiasa
diisih sehingga kesemua item berada dalam urutan yang betul.
82

