Page 95 - Buku Teks ASK Tingkatan 3 (KSSM)
P. 95

Pembangunan Algoritma   3.1

              Simbol                                   Penerangan
                      Senarai L diumpukkan dengan nilai-nilai [28.2, 26, 26.5, 27.2, 30.4, 27, 31.4, 29.1,
                1
                      27.4, 27.8].
                      Pemboleh ubah n diumpukkan dengan nilai 10 yang mewakili bilangan item dalam
                      senarai. Pemboleh ubah i diumpukkan dengan nilai 0 yang mewakili bilangan lelaran
                2
                      pertama dalam gelung. Pemboleh ubah temp diumpukkan dengan nilai 0 yang mewakili
                      data untuk disimpan secara sementara semasa membuat pertukaran kedudukan item.
                3     Gelung for digunakan untuk menentukan bilangan lelaran yang berlaku.
                      Pemboleh ubah j diumpukkan dengan nilai 0 yang mewakili kedudukan item pertama
                4
                      dalam senarai.
                      Gelung for digunakan untuk memastikan setiap pasangan item bersebelahan
                5
                      dibandingkan, bermula dengan L  dan L , L  dan L , dan seterusnya.
                                                   0     1  1     2
                6     Jika L  lebih besar daripada L  , maka kedudukan kedua-dua item akan ditukar.
                           j                   j + 1
                      Semasa proses penukaran kedudukan, satu pemboleh ubah temp digunakan untuk
                7     menukar kedudukan dua item tersebut tanpa perlu menjadikan nilai kedua-dua item
                      itu sama.
                8     Gelung for akan sentiasa berulang sehingga item-item bersebelahan dibandingkan.
                9     Gelung for akan sentiasa berulang sehingga semua item telah diisih mengikut urutan.

                10    Jika tiada lagi penukaran kedudukan berlaku, item-item dalam senarai yang telah diisih
                      akan dipaparkan.



                                   3.6

              Menghasilkan Pseudokod dan Carta Alir bagi                          Kaedah Shout Out
              Bubble Sort                                                         & Gallery Walk
              1.  Rajah di bawah menunjukkan satu pseudokod bagi bubble sort yang tidak lengkap.
                                   Mula
                                   Setkan senarai = [ ]
                                   Isytihar pemboleh ubah i, k, temp
                                   Setkan k = bilangan item dalam senarai
                                   for i < n – 1
                                   .
                                   .
                                   .
                                   Tamat

              2.  Dalam kumpulan, murid digalakkan untuk memberikan idea dan cadangan secara
                 lisan semasa sesi sumbang saran.
              3.  Seorang ahli kumpulan perlu mencatatkan semua idea dan cadangan yang diberikan.
              4.  Berdasarkan hasil yang diperoleh, lakukan perbincangan bagi melengkapkan
                 pseudokod yang diberikan.
              5.  Kemudian, lukiskan carta alir berdasarkan pseudokod yang telah dilengkapkan.
              6.  Setiap kumpulan harus bergerak ke kumpulan lain untuk membuat penilaian dengan
                 memberikan komen, pandangan serta persoalan bagi hasil kerja yang disediakan oleh
                 kumpulan lain.

                                                                                                 85
   90   91   92   93   94   95   96   97   98   99   100