Page 137 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 137

Bijak Mengurus Diri



                  Kebersihan  anggota  badan  hendaklah  sentiasa  dijaga  dalam  kehidupan  seharian.
                  Anggota badan yang bersih akan menampilkan diri yang kemas dan bersih. Bersihkan
                  bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan. Contohnya membersihkan bulu ketiak
                  dengan mengikut langkah-langkah di bawah.






                                                                                    Lap bahagian ketiak
                                         Mulakan mencabut                           dengan tuala bersih
                                          atau menggunting                            supaya bakteria
                                         pendek bulu ketiak.                           tidak mudah
                                                                                        membiak.










                 Bersihkan dahulu                                  Setelah selesai
                   ketiak dengan                                   menggunting,
                sabun dan air untuk                              bersihkan kembali
                menghilangkan sisa                               ketiak dengan air.
                 deodoran, minyak                                Lap semula ketiak
                  dan benda asing.                                sehingga kering.




                                                                                                               PEERS






                                Nadi Ilmu                                                                       1

                            Elakkan  mencukur  bulu  ketiak.  Ini  boleh  menyebabkan  iritasi  iaitu  kulit
                            ketiak boleh melecet dan terjadi infeksi di kawasan ketiak seperti luka kecil.




                          1.  Analisis  perubahan  yang  berlaku  kepada  kedua-dua  remaja  lelaki  dan
                             perempuan berdasarkan perkembangan seksual sekunder.
                          2. Cadangkan cara lain untuk menguruskan pakaian dalam untuk murid lelaki
                             dan pakaian dalam murid perempuan semasa haid dengan betul.


                                                                                             1.1.2
                                                                                                       129
   132   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142