Page 138 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 138

Aku Sudah Remaja?


                            Coretan Zulaikah



                                                                 oleh Saidah Zulaikah Syafinaz



                     Remajakah Saya?


                     Alam remaja yang saya tunggu akhirnya tiba... Oh, saya
                     sudah remaja! Mak... Mak... Kenapa buah dada saya
                     menonjol? Malunya saya. Pergi sekolah asyik diperhatikan   Senarai Bacaan
                     oleh kawan-kawan lelaki yang nakal. Saya mengasingkan
                     diri daripada rakan-rakan. Bertambah teruk apabila muka   “    Majalah siswa
                     saya ditumbuhi jerawat. Saya terus menyendiri dan malu   “      Majalah celik
                                                                                 Amalan hidup sihat
                                                                              “
                     untuk keluar rumah seperti biasa. Keadaan ini berlarutan   “    Remaja cemerlang
                                                                              “    Cergas bersama saya
                     selama beberapa minggu.                                  “    Bukan bibir berbicara
                        Kakak perasan perubahan saya dan cuba menyelami
                     perasaan saya. Saya berkongsi masalah dengan kakak.
                     Dia  membawa  saya  berjumpa  rakannya  yang  kebetulan   Sasaran Hidup
                     seorang kaunselor. Beliau menyatakan ini adalah perubahan
                     emosi yang biasa berlaku semasa perkembangan             “    Menjadi anak yang baik
                     seksual sekunder. Beliau menegaskan bahawa saya perlu    “    Menjadi pelajar contoh
                     memahami perubahan emosi ini untuk memupuk keyakinan,    “    Menjadi orang yang
                                                                                 berguna kepada
                     meningkatkan penampilan, bekerjasama dengan ibu bapa        masyarakat
                     dan rakan, menguatkan jati diri, meningkatkan daya       “    Menjadi pebimbing
                                                                                 rakan sebaya
                     tahan diri dan menguruskan stres.                        “    Memiliki segulung ijazah
                        Bermula dari situ, saya mengambil usaha sendiri          sebagai hadiah buat ibu
                                                                                 dan ayah
                     untuk menangani perubahan emosi ini. Saya menjalinkan
                     hubungan baik dengan kedua ibu bapa, guru, kaunselor,
                     dan rakan-rakan bagi membuang jauh-jauh perasaan
                     rendah diri saya. Akhirnya, saya dapat merasai dan lebih
          PEERS
                     menghargai kasih sayang ibu bapa, kakak, guru dan rakan-
                     rakan. Hidup saya lebih ceria dan bermakna.

         1




                         Bincangkan bagaimana berkomunikasi secara
                         berkesan dengan orang lain dapat menangani
                         masalah yang dialami semasa perkembangan
                         seksual sekunder. Bentangkan dalam bentuk
                         peta pemikiran.






                130                                                                            1.1.3, 1.1.4
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143