Page 168 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 168
6.0 PERHUBUNGAN
Standard Pembelajaran
Mengetahui cara berkomunikasi secara lisan dan
bukan lisan.
Memahami perhubungan interpersonal dalam
kalangan ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
Mengaplikasikan kemahiran berkomunikasi
secara berkesan iaitu mendengar dengan teliti,
mengekalkan eye-contact serta meluahkan
perasaan idea dan fikiran.
Menilai kepentingan berkomunikasi secara
berkesan dalam kalangan ahli keluarga, rakan,
guru dan jiran.
Komunikasi terbahagi kepada dua jenis, iaitu lisan dan bukan lisan. Komunikasi
lisan merupakan percakapan untuk menyampaikan maklumat kepada penerima.
Komunikasi bukan lisan adalah berdasarkan tingkah laku. Perhubungan interpersonal
dapat membantu untuk memahami perlakuan setiap individu berkomunikasi.
Berdasarkan situasi gambar, nyatakan komunikasi yang berlaku. Lakukan sumbang
saran di dalam kelas.
Lisan Proses komunikasi yang menggunakan percakapan untuk
menyampaikan maklumat kepada penerima
Komunikasi • Pergerakan badan
Tingkah Laku • Intonasi
Bukan
Lisan
Fizikal • Susun atur bilik murid
• Kelengkapan dan perhiasan
bilik belajar murid
(Sumber: INTAN, 2000)
160

