Page 170 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 170
Perhubungan
Interpersonal merujuk kepada kemahiran berinteraksi dengan individu lain atau
sekumpulan individu seperti ahli keluarga, rakan, guru dan jiran. Ia melibatkan
kemahiran komunikasi secara lisan dan bukan lisan.
Perhubungan interpersonal melibatkan penyampaian dan penerimaan mesej
antara dua atau lebih individu. Ini melibatkan semua aspek komunikasi, seperti
mendengar secara aktif, pembujukan, penegasan, komunikasi bukan verbal dan
sebagainya terhadap ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
Hubungan interpersonal dapat membantu anda untuk memahami perlakuan
bagaimana dan kenapa individu manusia berkomunikasi dalam cara yang berbeza
untuk membina perhubungan antara ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
Aktiviti
• Murid diminta membincangkan kepentingan perhubungan interpersonal dalam
kalangan ahli keluarga rakan, guru dan jiran.
• Murid juga perlu menilai kepentingan berkomunikasi secara berkesan dalam kalangan
ahli keluarga, rakan, guru dan jiran.
Kemahiran asertif ialah
kemahiran menolak
Komunikasi bukan lisan sesuatu ajakan secara Contoh komunikasi
sesuai digunakan sebagai tegas tetapi berhemah. lisan ialah ketika dalam
contoh menggunakan kaedah proses pengajaran dan
asertif untuk menolak pembelajaran.
sesuatu dengan cara baik.
PEERS
1
162 6.1.1, 6.1.2, 6.1.4

