Page 166 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 166
Aktiviti
Anda telah dilantik sebagai ketua dalam menghasilkan
penanda buku sempena Program Sayangi Keluarga. Anda
diminta menulis kata-kata semangat untuk menangani
emosi dan gejala sosial bagi menyesuaikan diri dengan
perubahan struktur keluarga.
Alat dan bahan:
Kertas warna
Kertas A 4
Pen penanda
Gunting
Gam
Langkah-langkah:
1. Gunting kertas dengan saiz 15 cm x 15 cm.
2. Lipat kertas seperti dalam gambar 1.
3. Lipat sekali lagi. Rujuk gambar 2.
4. Gunting separuh bulatan seperti dalam
gambar dan lukis bahagian muka
dan sesungut.
5. Guntingkan.
6. Lukis mata dengan menggunakan
kertas A4 warna putih dan guntingkan.
PEERS
Kemudian, lukis tompok-tompok pada
badan “kumbang”.
7. Tuliskan kata-kata semangat
1
yang sesuai.
8. Murid juga boleh mereka
cipta penanda buku mengikut
kreativiti sendiri.
158

