Page 177 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 177

Prof. Chin:     Murid boleh menghindari atau mengawal jerawat dengan kerap mencuci
                                   muka sekurang-kurangnya dua kali sehari menggunakan pencuci muka
                                   yang lembut.  Elakkan  diri  daripada menggunakan kosmetik yang
                                   berasaskan  minyak.  Pilih kosmetik yang  non-comedogenis. Amalkan
                                   pemakanan yang sihat kerana makanan boleh memberi kesan kepada
                                   kulit  anda. Ambil lebih  banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
                                   Lebihkan minum air masak dan bersenam untuk membaiki perjalanan
                                   darah  dan nutrien ke kulit.  Kurangkan  tekanan  dan amalkan  teknik
                                   relaksasi.

                  Pengerusi:      Pada pandangan Pn. Jayanthi bagaimanakah  seorang  remaja yang
                                   menguruskan masalah jerawat dalam kehidupan seharian?

                  Pn. Jayanthi:    Jerawat ringan boleh dirawat menggunakan ubat yang boleh dibeli dari
                                   farmasi.  Pada lazimnya  adalah memadai untuk menggunakan ubat
                                   seperti Benzoyl peroxide (krim atau gel) pada waktu malam atau dua kali
                                   sehari dan sulfur dalam losen calamine. Jika jerawat bertambah teruk,
                                   anda perlu  berjumpa  dengan  doktor. Doktor akan memberi  pelbagai
                                   jenis krim seperti Retinoids, Azelaic Acid atau antibiotik (Clindamycin).

                  Pengerusi:      Semoga  ilmu berkaitan masalah jerawat  dapat  memberikan kita
                                   pendedahan dan bagaimana cara mengatasinya. Terima kasih kepada
                                   panel sekalian kerana sudi berkongsi ilmu di dalam forum ini.





                                Imbas Saya

                                  Suntikan Human Papillomavirus (HPV)



                                                                                                               PEERS


                                                                           (Sumber: www.lppkn.
                                                                          gov.my/index.php/ms/
                                                                          perkhidmatan-kesihatan-
                                                                          reproduktif/99-pvhpv)
                                                                                                                1








                         Nyatakan cara-cara mengurus diri serta langkah pencegahan apabila mengalami
                         masalah jerawat, senggugut dan kanser serviks. Persembahkan dalam bentuk
                         peta pemikiran.




                                                                                    7.1.1, 7.1.2, 7.1.3
                                                                                                       169
   172   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182