Page 178 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 178

Bijak Mengurus, Diri Terurus





                   Maksud Senggugut
                   Senggugut  ialah kesakitan yang dialami di bahagian bawah  perut
                   semasa didatangi haid. Terdapat dua jenis senggugut iaitu primer
                   dan sekunder. Remaja perempuan biasanya mengalami  senggugut
                   primer,  akibat penguncupan dinding rahim yang kuat. Biasanya
                   berlaku  selepas  6 hingga 12 bulan selepas akil baligh apabila kitaran
                   ovulasi  bermula. Senggugut  sekunder  berlaku  disebabkan  oleh
                   berlakunya patologi di pelvis dan rahim. Senggugut biasanya berlaku
                   dalam kalangan wanita berusia tetapi masih di datangi haid.





                   Punca Senggugut
                   Proses penguncupan  dinding rahim  bagi mengeluarkan ketulan
                   darah  haid yang bercampur dengan sedikit tisu daripada selaput
                   endometrium menyebabkan senggugut. Darah ini perlu dikeluarkan
                   melalui saluran pangkal rahim. Kebiasaannya, dinding rahim remaja
                   masih sempit dan menyebabkan berlakunya penguncupan dinding
                   rahim yang amat kuat.






                                                         Lebihkan
                                  Elakkan              pengambilan             Amalkan
                                pengambilan          karbohidrat yang        senaman rutin
                              garam berlebihan         mengandungi
                                                     serat yang tinggi


          PEERS
                                                                                              Elakkan
                     Elakkan                                                               pengambilan
                   pengambilan                                                               minuman
                 diet yang tinggi                                                            berkafein,
         1
                      lemak                                                                coklat, teh dan
                    tidak tepu                                                              berkarbonat




                   Amalkan                                                                   Elakkan
                 pengambilan                    Langkah Mengatasi                          pengambilan
                vitamin-vitamin                       Senggugut                             minuman
                   tertentu                                                                 beralkohol





                170                                                                                 7.1.3
   173   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183