Page 174 - Buku Teks Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK) Tingkatan 1
P. 174

7.0  PENYAKIT:
                              JERAWAT, SENGGUGUT, KANSER SERVIKS






                              Standard Pembelajaran                                      JERAWAT





                        Mengetahui masalah jerawat, senggugut dan
                        kanser serviks.




                        Memahami langkah-langkah pencegahan
                        kanser serviks.




                        Menilai langkah-langkah pencegahan yang boleh
                        diambil untuk mengurangkan masalah jerawat
                        dan senggugut.                                                  SENGGUGUT


                                                                                                                        Wanita memiliki dua ovari
                                                                                                                        untuk menyimpan sekitar 200
                                                                                                                        000 hingga 400 000 folikel atau
                 Masalah  jerawat  berlaku apabila kulit muka remaja mula                                               sel telur yang  belum matang.
                                                                                                                        Biasanya, hanya satu atau
                 berminyak.  Fenomena ini  berkait rapat dengan kehadiran                                               beberapa sel telur yang tumbuh
                 hormon pada paras yang tinggi dalam darah.Keadaan jerawat                                              setiap kali menstruasi dan
                 menjadi teruk apabila kebersihan kulit muka tidak dijaga.                                              sekitar hari ke-14.
                     Selain jerawat, remaja juga berhadapan dengan
                 masalah senggugut  semasa haid.  Lebih daripada 60%
                 remaja perempuan mengalami senggugut  primer. Satu
                 dalam 10 wanita mengalami kesakitan yang teruk sehingga
                 mengganggu  aktiviti  seharian dan menjadi sebab utama
                 remaja tidak pergi ke sekolah.
                     Wanita berisiko mendapat  penyakit  kanser serviks
                 yang  merupakan antara punca  kematian. Pangkal rahim
                 merupakan saluran yang menyambungkan antara bahagian                     KANSER
                 faraj dan juga rahim. Di sinilah permulaan sel kanser sebelum
                 ia makin merebak ke bahagian serviks.                                    SERVIKS








                166
   169   170   171   172   173   174   175   176   177   178   179